2/13/11

QIAMULLAIL KALI PERTAMA BAGI TAHUN 2011 (29-30 Januari 2011)




Bersyukur kita kehaderat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita masih deberikan nafas, ruang & peluang untuk hidup di atas muka bumi Allah ini. Selawat & salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kerana dakwah baginda & para sahabat Islam sampai ke hari ini dan kita merasai nikmat Iman & Islam itu.

Tiada kata yang lebih indah yang mampu kami ucapkan selain merafakan kesyukuran kehaderat Allah S.W.T kerana dengan inayah & kebesaran-Nya Qiamullail PSS & KRU cawangan Sipitang buat kali yang pertama telah berjaya dilaksanakan dengan sentuhan pimpinan PSS & KRU pusat. Dalam Qiamullail pada kali ini keseluruhan pengisiannya telah disusun & diatur sepenuhnya oleh beberapa orang wakil saf pimpinan PSS & KRU Pusat iaitu Akhi Mohd Al-Amin Bin Dato' Utoh Said, Akhi Arif Ainuddin, Ukhti Nurul Insyirah Sunoto & Ukhti Nafisah. Tiada apa yang mampu kami berikan selain ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas jasa & pengorbanan yang telah kalian lakukan. Pihak kami amat menghargainya.

Apa istimewanya Qiamullail pada kali ini ialah pihak PSS & KRU Pusat telah memberikan rukun-rukun tertentu untuk di patuhi iaitu bercakap baik, besemangat, berani & berdisiplin. Apabila kita amati, rukun ini sebenarnya merupakan rukun-rukun yang perlu ada dalam diri setiap manusia yang juga seorang pemimpin. Hal ini adalah berasaskan kepada sabda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadith sahih yang dilaporkan oleh Ibnu Umar:

Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin [Muttafaq Alayh]

Adik-adik ni diarahkan untuk mencari ahli kumpulan tanpa mengeluarkan suara

Eh... Yuyu & abg Arif tengah bincang apa tu???

Wah... Khusyuknya....




Para Peserta sedang melakukan persiapan akhir untuk tugasan yang telah di berikan... bisdia ani kan kana suruh belakun ba ni! ^_^




Hah... ani... baru tah bisdia banar-banar belakun... siapa lah yang bakal menggantikan Rosyam Nor ni karang... hehehe


Mau tau apa istemewannya Qiamullail PSS & KRU Sipitang ni??? Kena lah datang Qiam akan datang.... ^_^

0 perkongsian pendapat:

Post a Comment