2/21/11

QIAMULLAIL KALI KE-2 (KEKASIH YANG DIRINDUI)




Setinggi-tinggi kesyukuran yang tidak terhingga kami panjatkan kehaderat Allah S.W.T kerana dengan inayah-Nya sekali lagi PSS & KRU cawangan sipitang telah berjaya melaksanakan Qiamullail kali ke-2 pada 19 hingga 20 Februari 2011 dengan membawa tema "Kekasih yang di rindui". Walaupun pada Qiamullail kali ini kami diuji dengan pelbagai masalah seperti masalah cuaca, masalah kekurangan fasilitator, masalah kekurangan makanan & sebagainya namun hal ini tidak sekali-kali mematahkan semangat & usaha kami untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Apa Istimewanya Qiamullail pada kali ini ialah PSS & KRU cawangan Sipitang cuba untuk membawa para peserta untuk mengenal Allah & Rasulullah S.A.W. Pihak kami juga telah cuba sedaya upaya untuk menanamkan rasa cinta dalam hati para peserta kepada Allah & Rasul-Nya. Bermacam-macam modul yang kami sediakan untuk menyemai rasa cinta kepada Allah & Rasulullah samada ia bentuk pengisian rohani mahupun jasmani. Apa yang menariknya ialah para peserta mulai faham bahawa hukum mencintai Rasulullah adalah wajib. Dan adalah menjadi satu kemestian bagi mereka untuk menghidupkan sunah Rasulullah S.A.W. Pihak kami juga memberikan sedikit penerapan mengenai Ikhtilat "Hari kekasih" yang mana hukum menyambut "Hari Kekasih" bagi umat Islam adalah HARAM. Mengapa ia haram? Ada bermacam-macam versi yang menyebabkan hukumnya jatuh kepada HARAM. Antara yang paling menarik ia berkait rapat dengan kisah seorang paderi bernama st. Valentine yang telah menjatuhkan kerajaan Islam di Cordova, Spanyol! Fikir-fikirkanlah...

Pada Qimullail kali ini PSS & KRU cawangan Sipitang telah menjemput Al-Fadhil Ustaz Mohammad Akmal wakil Persatuan Ulamak Sabah untuk menyampaikan kuliah mengenai Ikhtilat "Valentine Day" & Maulidur Rasul. Terima Kasih kami ucapakan kepada Ustaz Mohammad Akmal atas pengorbanan yang beliau lakukan demi menegakkan syiar Islam khususnya di Sipitang. Ucapan terima kasih ini juga kami abadikan buat Fasilitator-fasilitator yang sanggup berkorban harta, masa & tenaga demi memberi impak tarbiyah kepada adik-adik peserta Qiamullail pada kali ini.

Buat adik-adik peserta yang dikasihi, ketahuilah bahawa tanpa adik-adik semua program Qiamullail ini tiada maknanya. Terima kasih kami ucapkan atas pengorbanan adik-adik yang sanggup datang ke program Qiamullail pada kali ini walaupun hujan turun dengan lebat pada awal sesi pendaftaran. Allah saja yang dapat membalasnya. Harapan kami agar kecintaan adik-adik kepada Allah & Rasulullah S.A.W semakin mekar dalam hati adik-adik. Insyaallah jika rasa cinta adik-adik terhadap Allah & Rasul-Nya mendalam maka rasa cinta adik-adik terhadap ibu-bapa, adik-beradik, guru-guru, kawan-kawan & masyarakat juga akan turut mendalam. Mudah-mudahan adik-adik akan menjadi insan yang berjaya di dunia mahupun di akhirat. Semoga adik-adik sentiasa Istiqomah dalam apa jua program anjuran PSS & KRU. Terimakasih sekali lagi kami ucapkan.

Kuliah yang di sampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohammad Akmal


Terima Kasih atas kesudian Ustaz Mohammad Akmal menyampaikan ceramah "Ikhtilat Hari Kekasih & Maulidur Rasul"


"Slot Penghayatan Islam"

Cintakah kau pada "MUHAMMAD???"

Bergetar juga jiwa time ni tau... huh!


Tazkirah Subuh yang disampaikan oleh Akhi Abd Syukur


Wah... Terpana nampak adik-adik ni mendengar tazkirah dari akhi Abd Syukur


Sesi pemanasan badan yang di ketuai oleh akhi Mohd Saiful sebelum mula "Riadah"
boleh ke saiful??? Macam inda dapat ja ni... hehehe... ^_^


Wah... Inda sabar-sabar lagi bisdia ani kan beriadah...hee


Aduh... kelupahan mengambil gambar time bisdia ani beriadah... huh!


Slot terakhir... Slot Muhasabah "Selami hatiku"


Besurai... masing-masing bertukar-tukar nombor telefon..
ada yang minta nombor telefon fasilitator...
yang penting inda minta nombor telefon muslimat...


Mau tau apa yang lebih menarik???
Datanglah pada program seterusnya.... ^_^


0 perkongsian pendapat:

Post a Comment