4/6/10

Tutorial Blog

Bismillah
Alhamdulillah...

Pertamanya tahniah buat adik-adik KRU Sipitang yang semakin maju dengan adanya blog peribadi sendiri. Tahniah buat Faris dan Az-Zumar...semoga adik-adik yang lain pun cepat menyusul untuk dapat buat blog sendiri.

Sebelum ni, Faris ada minta kak untuk tolong ubah suai blog Faris...Tapi memandangkan akak sedikit sibuk...dan agak payah juga mau curi masa untuk mengubah suai blog Faris....juga atas tujuan kak mau adik-adik belajar untuk meng'indah'kan  blog...maka kak pun mengambil inisiatif letak tutorial blog di sini...Jadi boleh juga dikongsi oleh semua adik-adik dan pengunjung lainnya..

Ok..step pertama..

1. Untuk buat blog...sebenarnya kita ada banyak laman-laman yang menyediakan blog free..antaranya Blogspot (yang kak, blog KRU'S, KRU, PSS, Faris, Az-Zumar dan hampir kesemua abang-abang dan kakak-kakak PSS guna), wordpress, friendster dan banyak lagi sebenarnya... cuma untuk tutorial kali ini kak rasa kita fokus pada Blogspot.

Link Blogspot http://www.blogger.com
klik read more di bawah ni untuk bacaan sepenuhnya


Buka link tersebut kemudian klik pada create your blog, kemudian isi la apa yang patut...oh ya...sebenarnya lagi senang sekiranya kita ada akaun goggle mail....tapi guna yahoomail pun boleh juga.. Cuba dulu...kalau ada apa-apa soalan boleh tanya di ruangan komen (^_^)


2. Seterusnya...yang ni tutorial bagaimana adik-adik mahu mencari template baru. Caranya mudah. pertama, adik-adik kenala cari template yang adik-adik suka dari blog khas pencarian template.
Antara linknya yang boleh kak syorkan

http://btemplates.com/
http://blogger-templates.blogspot.com/
http://www.ourblogtemplates.com/


dan banyak lagi...Search ja.. Blogspot templates..nanti keluarla link template-template yang menarik... cuma jangan rambang mata sampai nda tau mau pilih mana satu sudah la...


Kemudian, download template mana yang adik-adik suka...sebagai contoh suka yang ini


download la...kemudian buka folder tu...  nanti akan keluar 3 benda ni


klik pada readme dan bacalah apa yang tertera..ikut step yang diajarkan.
- Mudahnya macam ni...klik pada yang Long-Drive tu kemudian masukkan kod-kod HTML tu dalam klik layout- edit HTML. Masukkan kod-kod HTML tadi dalam kotak besar tu. Tapi buang dulu kod yang sedia ada....Buat dulu..nda faham tanya k..(^_^)

3. ok..itu untuk step mcm mana kita mau mencantikkan blog. Seterusnya cuba klik pada layout.


nanti keluar la mcm ni. Tapi yang ni untuk Blog KRU'S.. Cuba cek ada add a gadget

yang ni tempat kita mau tambah-tambah perhiasan di blog kita. Sebagai contoh jam, kotak chit-chat, dan apa-apa sahaja la. Caranya, mula-mula klik pada add a gadget tu...kemudian pilih apa-apa yang ada di sana yang boleh di tambah. Ikut cita rasa dan kesukaan kita la.

ok...untuk yang ni kak akan terang 1 benda yang penting dulu.

 HTML/JavaScript

yang ni tempat kita bleh tambah apa sahaja menggunakan kod HTML... contoh jam, kotak chit-chat tu. Tapi syaratnya adalah cari dulu kod-kod tersebut di laman-laman web yg ada sediakan kod HTML untuk gadget tu. Kalau mau senang...tengok di blog akak. Klik pada jam/shoutbox/gadget-gadget yang lain yang diperlukan. Nanti keluar link blog tu. 

pastu klik Get this clock... . Klik pada blog me...ambik embed code 



copy kod yang ada kat dalam kotak embed code tu masukkan dalam kotak HTML yang ni 
Pastu save. Macam tu la untuk HTML/JavaScript


Stakat ni dulu la kak ajar...yang lain tu try buat dulu. Caranya sama... yang penting cuba-cuba ja dulu. Nanti kalau ada apa-apa soalan poste la komen d blog ni..insyaAllah kalau ada kelapangan kita jawab bersama-sama...Orang lain pun bleh tolong jawabkan... (^_^)

Allahua'lam...semoga kita diberi kemudahan, kelapangan dan ilham yang baik untuk berdakwah melalui media massa...

1 perkongsian pendapat:

Siti Fatimah Firdaos said...

syukran kasiran......

Post a Comment