3/22/10

Pencaria Lagu Tema Kelab Remaja Ukhuwwah!!

Sumber :  Majlis Penyelaras Kelab Remaja Ukhuwwah

Buat sahabat yang dikasihi kerana Allah SWT sekalian,
Selaras dengan program pelancaran secara rasmi Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Peringkat Negeri Sabah, beberapa aturan dan langkah dinamik memantapkan kelab ini telah dilakukan. KRU akan dilancarkan secara rasmi dibawah kelolaan Persatuan Siswazah Sabah (PSS) setelah bertapak dan beroperasi selama 3 tahun dalam masa terdekat.

Atas pesetujuan Pihak MT Persatuan Siswazah Sabah dan Majlis Penyelaras KRU, Insya-Allah selepas ini logo yang terbaru akan digunakan dalam setiap program-program remaja yang dianjurkan oleh KRU sendiri bagi menggantikan logo yang lama. Sekalung ucapan terima kasih buat sahabat-sahabat yang banyak membantu dalam menyumbangkan idea dan cadangan-cadangan kreatif dalam penghasilan logo. Untuk makluman, tempahan baju rasmi kelab telah dilakukan dan kini hanya menunggu detik diumumkan oleh PIC (person of incharge) tidak lama lagi. Nantikan kemunculannya tidak lama lagi.


KRU seterusnya bakal mengorak satu lagi langkah baru dengan cetusan idea mewujudkan LAGU TEMA KRU. Sekali lagi idea kreatif dan cadangan bernas sahabat-sahabat dalam mewujudkan lirik yang padu amat diperlukan. Buah fikiran berbentuk ‘point’ turut diterima.

Untuk penyelarasan bersama, lirik lagu yang dicadangkan seharusnya memenuhi tema-tema berikut atau salah satu kombinasi daripadanya:

-Ukhuwwah dan persaudaraan (WAJIB)
-Ilmu kefahaman
-Keimanan atau ketakwaan
-Keikhlasan hati
-Amal yang benar
-Kesungguhan dalam kerja
-Pengorbanan dan kepatuhan
-dll (bergantung kepada kreativiti dan cadangan anda semua)

Ringan-ringankan minda dan jemari anda,
sebarang cadangan lirik boleh diemailkan kepada:

zulhilmey@gmail.com (Pengarah program)
yuyushira@ymail.com (Timbalan Pengarah program)

SEBELUM 25 APRIL 2010.

p/s: Ahli KRU'S pasti boleh! Berusaha agar lagu tema KRU datangnya dari cawangan Sipitang. Ana sentiasa melihat dari jauh biarpun berada di Bumi Kenyalang.. :)

3 perkongsian pendapat:

nahnu-jundullah said...

semoga perjuangan daerah sepitang sentiasa di teruskan... Abg doakan semua berjaya....

kak prihatin said...

logo baru,semangat jihad yang baru jgk ya..(^_^)

annisaNazifa said...

alhamdulillah

Post a Comment