Teringin pula tiba-tiba mau menyumbang posting di blog ni..hehe...boleh ba kan adik-adikku semua..
Setelah hampir seminggu meninggalkan bumi daerah yang disayanggi, rasa rindu sangat untuk kembali semula bersama-sama berjuang dengan adik-adik mujahid's kecil yang ceria-ceria lahiran Tarbiyah Sipitang.. Tambah lagi bila dapat tau tentang qiammullail di SMPO11.. (ni yang posting d bawah ni). Hati tu terus bergerakan brown nda berhenti meminta dibawa pulang ke Sabah. Apakan daya, jarak dan kondisi ongkos yang tidak mengizinkan..
Tapi yang pasti hati dan jiwa tetap bersama adik-adik di sana...doa moga semuanya berjalan lancar dan akan menyentuh beberapa hati-hati lagi untuk mendalami Islam sentiasa tersemat di fikiran... Mungkin itu yang dinamakan tarikan Ukhuwwah Fillah dan Tarikan jiwa pejuang kerana Allah...
Cuma pesanku dari kejauhan buat adik-adik semua..(juga pesanan buat diri akak sendiri sebenarnya)
ingatlah, adik-adik...Perjuangan kita ni bukan menjanjikan jalan yang mewah, hidup yang diselimuti pujian, atau menyediakan ganjaran wang dan hadiah impian dunia, tetapi jalan yang kita pilih ini memerlukan kita memberikan sepenuh jiwa dan raga, sepenuh keikhlasan, dan sepenuh komitmen kerana Allah. Hakikatnya hanya penat lelah yang kita dapat, hanya titisan peluh menjadi peneman, dan adakala kesakitan, kekecewaan bahkan air mata menjadi galang-ganti...
Tapi satu perkara yang perlu kita ingat...Allah tidak akan mensia-siakan hamba-hambanya yang berjuang menegakkan agama Allah.. Ingatlah..usaha, kepayahan, air mata, sakit, kecewa, gembira, puas semua rasa ini akan bersatu sebagai aset bernilai untuk kita persembahkan di hadapan ALlah kelak sebagai jaminan kita untuk masuk ke SyurgaNya...
Firman Allah"..sesungguhnya orang yang paling tinggi darjatnya di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di antara kamu..."
Semoga hati kita akan sentiasa dikuatkan Allah untuk terus berjuang di jalan Allah.. Dan lagi buat adik-adikku... Cariah kebenaran dan keistimewaan islam itu dengan bersungguh...InsyaAllah akan kita temui hanya keindahan disebalik agama suci milik ALlah ini.. Kalau ada apa-apa yang menjadi persoalan atau masalah, cepat-cepat selesaikannya dengan mencari jawapan dari orang yang lebih pakar... jangan dibiar berulat, busuk, basi sampai akhirnya menimbulkan barah keraguan terhadap Islam sendiri..
Juga jagalah ukhuwwah yang telah terbina kerana Allah ini. Jangan biar salah faham menjadi benteng kasih-sayang yang sudah terjalin..
dan untuk yang terakhir..kita dihubungkan oleh satu selogan...
TAKBIR SEMUANYA... (^_^)
http://fikrahnazifa.blogspot.com
0 perkongsian pendapat:
Post a Comment