8/24/11

<<<:::: QIAMULLAIL PERDANA SPECIAL RAMADHAN (20 - 21 OGOS 2011) ::::>>>




Alhamdulillah... bersyukur kehaderat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia - Nya Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dengan kerjasama Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) cawangan Sipitang sekali lagi telah berjaya melaksanakan sebuah program "QIAMULLAIL PERDANA SPECIAL RAMADHAN" yang bertempat di Masjid Kampung Pelakat, Sipitang. Seramai 50 orang peserta yang hadir ke program ini. Masing-masing dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar (SMPO), Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar II (SMPOII), Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Berampah (SMPB), Sekolah Menengah Kebangsaan Sindumin (SMKS) dan tidak ketinggalan Sekolah Kebangsaan Pelakat dan penduduk kampung Pelakat itu sendiri yang turut serta mengimarahkan program ini. Terima Kasih kami Ucapkan... :-)

Apa specialnya Qiamullail Perdana pada kali ini adalah ia di laksanakan pada sepuluh malam terakhir di bulan suci Ramadhan. Di mana di dalamnya di kurniakan oleh Allah satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Iaitu malam 'lailatul Qadar'. Di sinilah PSS dan KRU cawangan Sipitang mengambil kesempatan ini untuk mengajak Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi mahupun para peserta untuk memperbanyakkan amal ibadah serta bermuhasabah diri di bulan suci Ramadhan. Malah skop pengisian yang cuba di sampaiakan oleh PSS dan KRU cawangan Sipitang pada kali ini juga turut sedikit berbeza iaitu dengan melakukan sedikit aktiviti kemasyarakatan dan pengagihan bubur lambuk kepada penduduk Kampung Pelakat disamping aktiviti-aktiviti lain yang biasa di lakukan seperti Tazkirah, Iftar Jamaie (Majlis Berbuka Puasa), Slot Tayangan, Sesi Muhasabah, Qiamullail dan sebagainya tetap di budayakan dalam kalangan peserta mahupun AJK Tertinggi PSS dan KRU cawangan Sipitang.


Hmmmmmm... Nampak sedap bubur lambuk ni... hehehe


Terima kasih di ucapkan buat mak cik ni (Penduduk kampung Pelakat) yang sanggup turun padang membantu gerak kerja dan beberapa orang lagi penduduk kampung pelakat yang tak sempat di ambil gambarnya... Terima kasih banyak-banyak... :-)


kanan : Saudara Ismadi Alihi (Mantan Pengerusi KRU Sipitang sesi 2010).
Kiri : Saudara Jumardin Bin Hadi (Pengerusi KRU Sipitang Kini) sedang mengacau bubur lambuk.


Erghhhh... beratnya... huh!


kikis habis-habisan ya dik... hehehe


Kanan : Kak Insyirah (Unit Kerohanian PSS Cawangan Sipitang)
Kiri : Kak Zahrah (Unit Pembangunan Pelajar PSS Cawangan Sipitang)

Aik.. kenapa kak??? Nda cukup bubur lambuk tu???


Barisan AJK Tertinggi KRU Sipitang


Ni adik-adik dari SMK Sindumin (untuk pengetahuan semua SMK Sindumin adalah sekolah Menengah yang baru beroperasi tahun ini).
Terima Kasih kerana datang ya dik... ;-)

Wah!! Ni kak Insyirah yang buat... Cantik kan? :-)


Proses Packaging... hehehe


Kanan : Saudara Mohd Fazreen Bin Musin (Pengerusi PSS cawangan Sipitang)
Kiri : Saudara Jumardin Bin Hadi (Pengerusi KRU cawangan Sipitang)


Serius jua si Muhaimin (ber T-Shirt kuning)... hehehe


Wah!!! Busy nampak adikku sorang ni... :-)


Ni mesti busy bahagikan kumpulan untuk agihkan bubur lambuk ni kan??? :-)



Sesi taklimat dan pembahagian kumpulan


Masih ada yang Blurrr ka nie??? hehehe


Tibalah masanya... Proses terakhir... Proses pengagihan bubur lambuk kepada penduduk Kampung Pelakat. :-)


Selamat Beramal ya adik-adikku... :-D



Ani sumbangan bubur lambuk dari kami makcik... :-)


Aik!!! Mana tuan rumah ni??? Belum kluar2 lagi nie???



Ada lagi bubur lambuk atu wang??? Bagi mak cik sama abang ni satu....




Happy Nampak adik dua orang ni... hehehehe... :-)



Kita stay bawah pokok ni dulu la minah ye... penat aku... huh!


...Time to go home...


Huh... Selesai pun kerja kami... :-)

Nah!!! Azan Sudah... Jom Berbuka!!!


Sudah baca doa ka ni semua???


Wah!!! Menikmati juadah berbuka nampak??? hehehe


Adik-adik SMK Pengiran Omar II, Sipitang.


Adik-adik bakal peneraju tampuk kepimpinan negara... :-)


Adik-adik SK Pelakat, Sipitang.


Slot Tayangan & Muhasabah





"Adik-adik semua mesti jadi anak yang baik... taat perintah Allah & Ibu bapa ya!"
Itulah nasihat Pengerusi PSS Sipitang buat adik-adik tersayang... :-)

Kuliah Subuh oleh Saudara Ismadi Alihi


P/S : Sekalung penghargaan & terima kasih kami ucapkan khusus buat Ustaz Ridhuan (Pengerusi Masjid Kampung Pelakat, Sipitang) dan barisan AJK Tertinggi Masjid Kampung Pelakat Sipitang, kerana memberi kebenaran kepada kami untuk berprogram di Masjid Kampung Pelakat. Tidak lupa juga ucapan terima kasih ini kami abadikan buat penduduk Kampung Pelakat yang sanggup turun padang untuk membantu & menyerikan lagi program ini. Seterusnya ucapan terima kasih yang tak terhingga kami tujukan kepada para peserta Qiamullail Perdana pada kali ini kerana sanggup meluangkan masa untuk datang ke program ini dan beramal bersama- sama kami. Kepada AJK Penggerak PSS & KRU cawangan Sipitang sumbangan dan tenaga anda sangat memberi inspirasi buat dakwah di bumi Sipitang. Tidak ternilai rasanya pengorbanan yang anda semua lakukan demi dakwah Islam di bumi Sipitang. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya... Jazakallahhu Khairan Kathira... ^_^

0 perkongsian pendapat:

Post a Comment