"Tunggak segala urusan ialah Islam, manakala tiangnya ialah solat & hujung kemuncaknya ialah Jihad Fisabilillah"
KRU sendiri cuba sedaya upaya untuk memanfaatkan waktu yang singkat itu dengan pengisian-pengisian ringkas & menarik minat mereka untuk terus memberi komitmen dalam program. Antara aktiviti menarik adalah Explorace, bukan kami kata,majoriti peserta yang kata,memang best pun..hehe
Antara aktiviti dalam Explorace,lebih kepada aplikasi&praktik
Alhamdulillah, respon adik-adik amat menyenangkan. Ada yang request agar smart solat ini diadakan setiap tahun, insyaAllah.. Ada pula yang mengaku beroleh banyak ilmu yang selama ini mereka tidak tahu, seperti masbuq dan sebagainya. Tidak kurang juga puji-pujian kepada fasi-fasi yang menurut mereka memang sporting ,Wallahua'lam bukan penghargaan yang kami harapkan sebenarnya, melainkan untuk mendapat redha Allah semata-mata."Tiada seorang mukmin yang berdiri sembahyang melainkan bertaburan atasnya Rahmat sampai Arasy & malaikat berkata, "Hai anak Adam,andaikan kau tahu kedudukanmu ketika sembahyang, dan dengan siapa kau ajak bicara, nescaya kau tidak akan berhenti"
1 perkongsian pendapat:
salam ziarah..kru skg mkin mantap..teruskan paerjuangan kru sipitang dan kirim salam kat ustazah farizah ye..
Post a Comment