Alhamdulillah,syukur kepada Allah SWT dengan Taufik & InayahNya telah mengizinkan kami menganjurkan program KSS '09 bertempat di SMK Pengiran Omar pada 18 julai lalu, serta terus istiqamah bersama gerakan ini.Tinggi harapan kami semoga program ini memberi manfaat dan bimbingan ilmu untuk menghadapi cabaran bagi meneruskan kehidupan di dunia serta mendapat keredhaan Allah dan syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak..ameen
"Tunggak segala urusan ialah Islam, manakala tiangnya ialah solat & hujung kemuncaknya ialah Jihad Fisabilillah"
KRU sendiri cuba sedaya upaya untuk memanfaatkan waktu yang singkat itu dengan pengisian-pengisian ringkas & menarik minat mereka untuk terus memberi komitmen dalam program. Antara aktiviti menarik adalah Explorace, bukan kami kata,majoriti peserta yang kata,memang best pun..hehe
Antara aktiviti dalam Explorace,lebih kepada aplikasi&praktik
Alhamdulillah, respon adik-adik amat menyenangkan. Ada yang
request agar smart solat ini diadakan setiap tahun, insyaAllah.. Ada pula yang mengaku beroleh banyak ilmu yang selama ini mereka tidak tahu, seperti masbuq dan sebagainya. Tidak kurang juga puji-pujian kepada fasi-fasi yang menurut mereka memang
sporting ,Wallahua'lam bukan penghargaan yang kami harapkan sebenarnya, melainkan untuk mendapat redha Allah semata-mata.
"Tiada seorang mukmin yang berdiri sembahyang melainkan bertaburan atasnya Rahmat sampai Arasy & malaikat berkata, "Hai anak Adam,andaikan kau tahu kedudukanmu ketika sembahyang, dan dengan siapa kau ajak bicara, nescaya kau tidak akan berhenti"