6/18/10

Selamat Ulang Tahun Amni



Bismillahirrahmanirrahim.. Segala Puji Bagi Allah yang telah memberinya nikmat dengan membantunya terus istiqamah dalam gerak kerja Islam, mempermudahkan baginya jalan kebaikan, dan mengasihinya dengan tempias-tempias ujian..
Amni (amirah KRU'S) telah mencapai usia 21 tahun pada 12 JUN, tarikh yang sama dengan persandingan kak Ferizah..=) Kata sepakat dengan sahabat lain, kami raikan hari jadinya selepas balik dari walimatul urus di Kuala Penyu, menyinggah di Beufort membeli apa yang patut..sedikit pun dia nda tau, atau pura2 nda tau..hehe mau sambut di KP, risau pula ada dua majlis nanti.. Apa2pun, surprise menjadi (rasa-rasanya la kot) Kami doakan, semoga umur yang masih berbaki digunakan pada jalan Allah dengan sebaiknya..Ameenn.. Kami sayang Amni kerana Allah..


Yunus(mantan Amir KRUS) membacakan doa

Sempat bermeting KRIS Sipitang
Amni (nombor dua dari kanan-purple)

Maju KRU'S Sipitang. Takbir!!


6/16/10

Tahniah kak!!

Bismillahirrahmanirrahim.. Segala Puji Bagi Allah, dengan nikmat kurniaNya yang tidak henti-henti kepada hambaNya..Selawat serta salam kepada Nabi dan Rasul junjungan kami, yang kami rindui Nabi Muhammad SAW..Waaa gembiranya mau sampaikan perkabaran kali ini, "Ikan di laut asam di darat,dalam kuali bertemu jua, Hati terpaut janji diikat,atas pelamin bertemu jua"
(^-^) tahniah!Tahniah! Pada 11hb jun 2010 ustazah yang kami kasihi, kakak yang kami hormati juga sahabat yang sentiasa di hati, sah menjadi isteri kepada Karim Bin Ibrahim. KRU'S sempat merakamkan detik-detik pernikahan juga persandingan pada hari bahagia pasangan ini, sebab itu juga kami secepat yang mungkin cuba mem'posting potret-potret bahagia sepanjang walimatul urus. Ndak mau buat ayat jiwang-jiwang, cukup sekadar kami ucapkan dengan pantun-pantun. Boleh,kan?



Pokok pulai tidak berduri
Dibuat bumbung luas melebar
Dua mempelai berseri-seri
Dua jantung berdebar-debar


Rimbun semalu di jambu batu
Bangkit pelanduk terus berlalu
Kompang dipalu menyahut restu
Pengantin duduk tersenyum malu

Banyak lagi gambar sebenarnya.. tapi ni antara yang paling semat, sebab ada muka kami ..hihi

Aik, mana pengantin?? (kak che, maaf ya, kak lambat datang, yang ni ndada gambar kak, nanti saya edit..hehe =)

Disebabkan keadaan line DIGI broadband yang sangat menyedihkan, nda dapat upload gambar banyak-banyak..sebarang request tidak dilayan..haha (^-^) Semoga Berbahagia kak.. Bercinta sampai ke syurga.. ameenn

6/3/10

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, Qiamulail Perdana kali ke-3 KRU’S bertempat di Masjid Pekan Hj. Hashim berlangsung dengan jayanya. Kami beranggapan bahawa Qiam kali ini akan kurang semaraknya disebabkan cuti sekolah yang baru bermula, pasti ramai adik-adik yang akan balik ke kampung dan sebagainya, lagi-lagi hujan lebat pada petang sabtu hinggalah malam. Waaa, memang terharu melihat adik-adik yang datang meredah hujan sungguh komitmen untuk berprogram. Qiam kali ini bertemakan ‘Cinta’. Cinta??haa, siapa yang datang ja yg tau..(^_^)
Warna-warni qiam kali ini.


Debat. Cinta dan Belajar. Mana yang lebih penting?


Pandai suda urus makan sendiri ya..bagus!bagus!hehe


Aik, sematlah ko buat peace dik, ada gaya..=)


AJK sedang plan mau mengondem peserta..haha


Si Buta meraba gula-gula tangkai, kalau ndak, ndak dapat makan..hihi



Ni apa??Haaa usrah mingguan yg tetap berjalan, sebelum2 ni ndak sempat post. Ambil kesempatan la ni mau tayang..huhu


Tapi yang penting, KRU ada port sendiri suda di Masjid ni..Tengok?hebatkan..Tahniah!Tahniah!

5/15/10

KRIS Sipitang Menjelma Lagi!!!



KEM REMAJA ISLAM (KRIS) SIPITANG 2010
KEMBALI LAGI!!!



TARIKH :
25 - 27 JUN 2010 ( JUMAAT HINGGA AHAD)

TEMPAT :
 MASJID HJ HASHIM,PEKAN SIPITANG

ANJURAN:

PERSATUAN SISWAZAH SABAH (PSS)
&
KELAB REMAJA UKHUWWAH (KRU)

p/s: Remaja Hari Ini, Pemimpin Esok Hari. Kepada semua KRU'S family yang "bertaburan" di seluruh Sipitang. Get ready..!!!! KRU'S BOLEH!!!!

4/8/10

QIAMULAIL PERDANA KRU,S TAHUN 2010

PERSATUAN SISWAZAH SABAH CAWANGAN SIPITANG
Dengan kerjasama
KELAB REMAJA UKHUWWAH SIPITANG

dengan sukacitanya Menganjurkan : -

QIAMULAIL PERDANA PADA SETIAP BULAN SEPANJANG TAHUN 2010
BERTEMPAT DI MASJID HJ HASHIM PEKAN SIPITANG, BERMULA PADA PUKUL 6.00 PETANG HINGGA 7.30 PAGI

BERIKUT IALAH TARIKH BAGI QIAMULAIL PERDANA ANJURAN KRU'S & PSS SEPANJANG TAHUN 2010

27 – 28 Mac 2010
17 – 18 April 2010
22 – 23 May 2010 (DITUNDA PADA 29 - 30 MAY 2010)
19 – 20 Jun 2010
17 – 18 Julai 2010
21 – 22 Ogos 2010
18 – 19 Sept 2010 (DITUNDA PADA 25 - 26 SEPT 2010)
16 – 17 Okt 2010

 Terbuka kepada semua Muslimin & Muslimat (Khususnya remaja Islam)

 Aktiviti menarik menanti anda: Tayangan slide show,Usrah Remaja,Riadhah dan banyak lagi..yang pastinya membawa kita saling ingat-mengingati serta rasa diri bertuhan.

 Yuran penyertaan ialah sebanyak RM2 sahaja. “Apalah sangat RM2 jika dibandingkan dengan manfaat serta pahala yang kita peroleh????”

 Untuk maklumat lanjut sila hubungi : -

1. Saudara Madi – 0195310148
2. Saudara Faris – 0198418262
3. Saudari Iman – 0145631603

4/6/10

Tutorial Blog

Bismillah
Alhamdulillah...

Pertamanya tahniah buat adik-adik KRU Sipitang yang semakin maju dengan adanya blog peribadi sendiri. Tahniah buat Faris dan Az-Zumar...semoga adik-adik yang lain pun cepat menyusul untuk dapat buat blog sendiri.

Sebelum ni, Faris ada minta kak untuk tolong ubah suai blog Faris...Tapi memandangkan akak sedikit sibuk...dan agak payah juga mau curi masa untuk mengubah suai blog Faris....juga atas tujuan kak mau adik-adik belajar untuk meng'indah'kan  blog...maka kak pun mengambil inisiatif letak tutorial blog di sini...Jadi boleh juga dikongsi oleh semua adik-adik dan pengunjung lainnya..

Ok..step pertama..

1. Untuk buat blog...sebenarnya kita ada banyak laman-laman yang menyediakan blog free..antaranya Blogspot (yang kak, blog KRU'S, KRU, PSS, Faris, Az-Zumar dan hampir kesemua abang-abang dan kakak-kakak PSS guna), wordpress, friendster dan banyak lagi sebenarnya... cuma untuk tutorial kali ini kak rasa kita fokus pada Blogspot.

Link Blogspot http://www.blogger.com
klik read more di bawah ni untuk bacaan sepenuhnya

3/22/10

Pencaria Lagu Tema Kelab Remaja Ukhuwwah!!

Sumber :  Majlis Penyelaras Kelab Remaja Ukhuwwah

Buat sahabat yang dikasihi kerana Allah SWT sekalian,
Selaras dengan program pelancaran secara rasmi Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Peringkat Negeri Sabah, beberapa aturan dan langkah dinamik memantapkan kelab ini telah dilakukan. KRU akan dilancarkan secara rasmi dibawah kelolaan Persatuan Siswazah Sabah (PSS) setelah bertapak dan beroperasi selama 3 tahun dalam masa terdekat.

Atas pesetujuan Pihak MT Persatuan Siswazah Sabah dan Majlis Penyelaras KRU, Insya-Allah selepas ini logo yang terbaru akan digunakan dalam setiap program-program remaja yang dianjurkan oleh KRU sendiri bagi menggantikan logo yang lama. Sekalung ucapan terima kasih buat sahabat-sahabat yang banyak membantu dalam menyumbangkan idea dan cadangan-cadangan kreatif dalam penghasilan logo. Untuk makluman, tempahan baju rasmi kelab telah dilakukan dan kini hanya menunggu detik diumumkan oleh PIC (person of incharge) tidak lama lagi. Nantikan kemunculannya tidak lama lagi.


KRU seterusnya bakal mengorak satu lagi langkah baru dengan cetusan idea mewujudkan LAGU TEMA KRU. Sekali lagi idea kreatif dan cadangan bernas sahabat-sahabat dalam mewujudkan lirik yang padu amat diperlukan. Buah fikiran berbentuk ‘point’ turut diterima.

Untuk penyelarasan bersama, lirik lagu yang dicadangkan seharusnya memenuhi tema-tema berikut atau salah satu kombinasi daripadanya:

-Ukhuwwah dan persaudaraan (WAJIB)
-Ilmu kefahaman
-Keimanan atau ketakwaan
-Keikhlasan hati
-Amal yang benar
-Kesungguhan dalam kerja
-Pengorbanan dan kepatuhan
-dll (bergantung kepada kreativiti dan cadangan anda semua)

Ringan-ringankan minda dan jemari anda,
sebarang cadangan lirik boleh diemailkan kepada:

zulhilmey@gmail.com (Pengarah program)
yuyushira@ymail.com (Timbalan Pengarah program)

SEBELUM 25 APRIL 2010.

p/s: Ahli KRU'S pasti boleh! Berusaha agar lagu tema KRU datangnya dari cawangan Sipitang. Ana sentiasa melihat dari jauh biarpun berada di Bumi Kenyalang.. :)