Bismillahirahmanirahim... asalamalaikum w.b.t...
Alhamdulillah bersyukur kita kehaderat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya Qiamullail Perdana KRU'S buat kali yang terakhir (Tarikh : 06 Novenber 2010) telah berjaya di laksanakan di Masjid Hj Hashim, Pekan Sipitang. Walaupun pesertanya agak sedikit berbanding Qiamullail yang lepas, Lajnah tertinggi KRU'S tidak menganggap itu semua sebagai satu masalah... Sebaliknya KRU'S mengambilnya sebagai salah satu medium Muhasabah untuk memperbaiki lagi gerak kerja KRU'S pada masa akan datang terutama dari segi penerbitan & pengiklanan, pengisian, makanan dan sebagainya.
KRU'S juga turut berbesar hati atas kesudian Ustaz Ahmad Bakri dalam menyampaikan Kuliah bertajuk "Peribadi Seorang Mukmin"... tidak lupa juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada Akhi Azizul Julirin & Akhi Fezri (Wakil PSS Kota Kinabalu) yang sanggup turun padang untuk memberi impak tarbiyah buat AJK & Peserta-peserta Qiamullail KRU'S. Allah saja yang dapat membalasnya.
Berikut Merupakan tentatif Qiamullail Perdana KRU'S buat kali yang terakhir untuk tahun ini:-
TENTATIF PROGRAM QIAMULLAIL KRU'S
(06 November 2010)
Masa | Perkara |
01.00pm | Pendaftaran peserta |
02.00pm | Taklimat |
02.05pm | Tazkirah |
02.35pm | Game : Mesej berantai |
03.00pm | Aktiviti Riadah : Gigit biskut |
03.20pm | Solat Asar |
03.50pm | Usrah |
04.15pm | Goreng pisang |
04.45pm | Minum petang |
05.00pm | Bersurai |
06.00pm | Solat Maghrib |
06.30pm | Makan malam/tazkirah maghrib |
07.05pm | Solat Isya |
07.45pm | Kuliah : Peribadi Seorang Mukmin |
08.45pm | Slot Muhasabah |
09.45pm | Minum malam |
10.00pm | Bacaan Al-mulk |
10.30pm | Tidur |
03.00am | Bangun |
03.30am | Qiamullail |
04.45am | Solat Subuh |
05.20am | Al-Mathurat |
05.45am | LDK |
06.45am | Sarapan |
07.00am | Khidmat bakti |
07.30am | Lambaian Ukhuwah |