AlhamduliLlah, segala puji bagi ALlah, tuhan sekalian manusia dan alam semesta. Selawat dan salam ke atas kekasih dan junjungan besar kita, Nabi Muhammad SolaLLahu Alaihi Wasallam.. Semoga kita beroleh keredhaan dari ALlah setiap masa dan tempat.. InsyALlah..
Pertamanya, ana mewakili Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Pusat ingin mengucapkan tahniah dan juga takziah di atas taklifan yakni perlantikan AJK Kelab Remaja Ukhuwwah Sipitang (KRU'S). Ana mengucapkan tahniah kepada antum semua kerana telah dipilih oleh ALlah untuk menjadi penggerak dan pejuang Islam di Sipitang, seterusnya ana mengucapkan takziah kerana tanggungjawab yang dipikul antum akan dipersoalkan oleh ALlah di akhirat kelak samada melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna atau tidak.
Ana terpanggil untuk mem'
publish'kan entri ini untuk menghargai dengan sebenar-benarnya jasa AJK KRU'S yang sanggup mengorbankan masa, harta dan tenaga demi kebaikan umat Islam khususnya di bumi Sipitang. Namun secara umumnya, tugas menegakkan Islam ini merupakan tanggungjawab yang wajib dipikul oleh setiap muslim. Mungkin ada di antara ahli masyarakat tidak mengetahui tentang pengorbanan sebenar AJK KRU'S dan perkara ini telah menyebabkan pelbagai kekeliruan telah berlaku pada pandangan mereka dan pihak KRU Pusat merasakan hal sebegini perlu diterangkan dan diperjelaskan kepada mereka yang berkenaan demi kemaslahatan ummah.
Ana sebenarnya bukan untuk memuji-muji AJK KRU'S tapi hakikatnya jasa yg ditaburkan amat besar dan ana begitu hargainya. Namun, sebagai seorang da'ie yakni pendakwah, kita patut bersabar dengan segala ujian yang mendatang. Antara ujian yang sentiasa dihadapi adalah musuh. Berdasarkan hadis Nabi saw, musuh seorang Mukmin ada 5 iaitu:
1) Kafir yang ingin memeranginya
2) Munafik yang membencinya
3) Mukmin yang dengki padanya
4) Syaitan dan Iblis yang ingin menyesatkannya
5) Nafsu yang ingin menguasai dirinya.
Musuh-musuh inilah patut ditangani dengan baik dengan penuh ketegasan dan berhikmah. Ana di sini juga ingin menyeru kepada para pengunjung blog KRU'S yang mungkin terdiri dari ahli masyarakat Islam Sipitang supaya dapat mempraktikkan cara hidup Islam yang syumul (menyeluruh) dalam segenap kehidupan kita. Di samping kita menuntut ilmu mengenai duniawi, kita patut mengambil peluang untuk memantapkan diri kita dengan ilmu ukhrawi..
Ana suka untuk mengajak ahli masyarakat Sipitang khususnya dari kalangan remaja untuk menyertai program-program yang dianjurkan KRU'S bukan sahaja program-program luar kampus seperti lawatan, tetapi juga program-program di dalam kampus seperti Qiamullail bulanan, rehlah, dan lain-lain lagi.. Kami di pihak KRU'S juga menyeru agar remaja Islam supaya bersama-sama membantu KRU'S untuk menjalankan program-program kesedaran dan pembudayaan ilmu agama Islam di kalangan masyarakat Sipitang.
Seterusnya, pihak KRU Pusat ingin menjelaskan mengenai beberapa isu mengenai tuduhan dan fitnah liar terhadap KRU'S dimana ada pihak-pihak yang cuba ingin menjatuhkan air muka AJK kelab ini. KRU Pusat berpendirian tidak akan teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan samada yang kecil mahupun yang besar jika ada pihak didapati berbuat demikian. Ana mewakili KRU Pusat menyokong penuh KRU'S di bawah kepimpinan Sdra. Yunus. Ini kerana, dalam pemerhatian pihak KRU Pusat, Sdra. Yunus telah menunjukkan rekod prestasi gerakkerja yang terbaik dalam usaha dakwah Islamiyyah dalam menarik remaja-remaja Islam untuk beramal dengan Islam.
Akhir sekali, di kesempatan yang ada, ana mewakili saff kepimpinan KRU Pusat memohon kemaafan daripada saff kepimpinan AJK KRU'S dan ahli masyarakat Sipitang jika ada kesilapan. Ana doakan semoga KRU'S dan remaja Islam di Sipitang dapat bersama-sama berganding bahu menjayakan segala program-program KRU'S khususnya. Semoga segala jurang dan benteng yang memisahkan selama ini dapat dihapuskan serta menjadikan kita lebih profesional dalam memperjuangkan kemaslahatan ummah secara umumnya. Sirru' ala barakatillah. Wasallam..
Yang Benar,
Zulzaim Hilmee Bin Abidin,Ketua Zon Selatan,
Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Pusat.