4/11/11

KEM PEMANTAPAN AQIDAH... Membawa satu titik pembaharuan di bumi sipitang!!!



Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T. diatas nikmat-NYA yang tidak pernah putus-putus mencurah untuk kita hamba yang selalu lalai daripada tugas kita untuk beribadah kepada-NYA...dan bersyukur kita kerana sehingga kesaat ini kita masih hidup sebagai seorang yang beragama Islam..Allah masih tetapkan hati kita untuk terus percaya dan beriman kepada-NYA dan Rasul-NYA Muhammad Bin Abdullah..sungguh pembaca sekalian, kalau Allah mengkehendaki kita sesat pasti kita akan disesatkan oleh Allah(Al-An'am:125)..tapi diatas rahmat dan kasih sayang-NYA, walau setinggi mana dosa kita, Allah tetap memberikan peluang pada kita untuk terus berada dalam agama-NYA dan bertaubat kepada-NYA..peringatan untuk dri penulis dan para pembaca sekalian..gunakan masa yang ada untuk ubah diri menjadi seorang hamba yang baik...

insyaAllah, untuk post pada kali ini penulis akan menceritakan perjalanan program "KEM PEMANTAPAN AQIDAH-Perbandingan Agama Antara Islam dan Kristian" yang berlansung selama dua hari satu malam yang diadakan di Masjid Hj Hashim, Pekan Sipitang.. Program hasil kerjasama antara JHEAINS cawangan Sipitang, Persatuan Ulama Sabah (PUS) Persatuan Siswazah Sabah cawangan Sipitang dan Kelab Remaja Ukhuwah Sipitang (KRU'S) berjaya membawa seramai hampir 50 orang peserta terdiri daripada lelaki dan perempuan yang rata-ratanya pelajar tingkatan 3-6 daripada tiga buah sekolah di Sipitang iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Pangiran Omar, Sekolah Menengah Kebangsaan Pangiran Omar II dan Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Berampah..

Program bermula seawal pukul 7.00 Pagi dengan pendaftaran peserta, kemudian diikuti dengan taklimat daripada AJK program dan seterusnya program diteruskan dengan Kuliah Dasar Pertama yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Akmal Othman yang bertajuk "Islam dan Al Quran", pengisiannya adalah Sejarah Penulisan Al Quran dan sedikit berkaitan Al Quran dan Sains..makanan ringan seterusnya dihidangkan untuk peserta sementara menunggu aktiviti seterusnya dijalankan iaitu Latihan dalam kumpulan satu.. Kuliah kedua pula disampaikan oleh Ustaz Arbain Syawal yang bertajuk "Mukjizat Al Quran"..


Selesai solat fardhu Zohor secara berjamaah, peserta kemudiannya menjamu makanan tengah hari yang disediakan penganjur program, sedap, halal dan baik..:)..."Agama Samawi", tajuk Kuliah ketiga yang disampaikan oleh Ustaz Hamir Hamzah Jafar..pengisian menceritakan mengenai maksud agama samawi, dan sedikit mengenai agama Kristian dan kitabnya iaitu Bible dan penceramah juga menyelitkan mengenai cara-cara mengunakan Bible kepada peserta..seterusnya selepas selesai menunaikan solat fardhu Asar, Latihan Dalam Kumpulan dijalankan untuk melihatkan kepada adik-adik peserta isi yang terdapat dalam kitab Bible yang dianggap suci oleh penganut agama Kristian...


Malam kemuncak aktiviti diisi dengan ceramah perdana yang bertajuk "Islam Menawan Hatiku" yang disampaikan oleh Ustaz Hj Nicholas Sylvester.. beliau berasal daripada keluarga yang kuat dalam pegangan agama Kristian dan pernah dilantik menjadi Soldiers Of Jesus Christ oleh pihak gereja

..beliau telah memluk agama Islam sewaktu menuntut di Amerika Syarikat pada 13 Januari 1985, sejak daripada itu beliau giat menambahkan ilmunya berkenaan agama Islam dan berdakwah kepada orang bukan Islam..

Keesokkan paginya, hari adik-adik peserta dimulakan dengan berqiamullail dan solat fardhu subuh..selepas itu Latihan dalam kumpulan yang ketiga diadakan untuk memberikan kefahaman "konsep Dosa Warisan" yang di imani oleh penganut Kristian dan Kronologi penciptaan alam ini yang terdapat dalam bible(Kejadian 1;1-28) dengan sains yang telah di persoalkan oleh Dr Morice dalam bukunya Al Quran, Bible dan Sains..

Selepas Sarapan pagi, minda adik-adik peserta diisi dengan Kuliah terakhir yang disampaikan sekali lagi oleh Ustaz Hj. Nicholas Sylvester yang bertajuk " Islam satu Perbandingan"...selesai solat fardhu Zohor dan makan tengah hari, aktiviti penutup diadakan antara penganjur dan peserta...

Moga dengan terlaksananya program ini, mampu menambahkan lagi keyakinan para peserta tentang agama Islam, sesungguhnya agama yang satu-satunya redhai Allah adalah Islam..(Ali Imran:19)

Moga Allah tetapkan hati-hati kita ini pada agama-NYA dan sekali gus mati sebagai seorang Islam...

Ceramah Perdana Tuan Hj Nicholas Sylvester
("ISLAM MENAWAN HATIKU")




Ustaz Hamir memberikan pengisian...




Telatah AJK




Tn HJ Nicholas Sylvester (Kiri) bergambar bersama Akhi Hanafi (Kanan)


Seorang peserta yang baru memeluk agama Islam, Fara Jane



(P/s: Terima kasih kepada Ustaz Hamir dan para fasilitator yang sanggup turun padang untuk membantu melancarkan lagi program ini. Ucapan terima kasih ini tidak lupa juga kami abadikan buat AJK penggerak dan adik-adik peserta yang sudi memberi kerjasama dalam menjayakan lagi program ini. Kepada Ustaz Hj Nicholas, ustaz adalah seorang insan yang membanggakan buat kami umat Islam khususnya di Sipitang. Sanggup datang dari jauh walaupun sibuk, tetap memberikan yang terbaik...sepatutnya orang MELAYU@beragama Islam berasa malu dengan Ustaz yang tak pernah kenal erti penat dan sentiasa bersemangat dalam menjalankan dakwah..moga Allah membalas usaha ustaz dengan kemudahan didunia dan akhirat serta Syurga-NYA..amin :-)

Dipetik dan diubahsuai dari http://siukbah.blogspot.com/

0 perkongsian pendapat:

Post a Comment