2/21/11

QIAMULLAIL KALI KE-2 (KEKASIH YANG DIRINDUI)




Setinggi-tinggi kesyukuran yang tidak terhingga kami panjatkan kehaderat Allah S.W.T kerana dengan inayah-Nya sekali lagi PSS & KRU cawangan sipitang telah berjaya melaksanakan Qiamullail kali ke-2 pada 19 hingga 20 Februari 2011 dengan membawa tema "Kekasih yang di rindui". Walaupun pada Qiamullail kali ini kami diuji dengan pelbagai masalah seperti masalah cuaca, masalah kekurangan fasilitator, masalah kekurangan makanan & sebagainya namun hal ini tidak sekali-kali mematahkan semangat & usaha kami untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Apa Istimewanya Qiamullail pada kali ini ialah PSS & KRU cawangan Sipitang cuba untuk membawa para peserta untuk mengenal Allah & Rasulullah S.A.W. Pihak kami juga telah cuba sedaya upaya untuk menanamkan rasa cinta dalam hati para peserta kepada Allah & Rasul-Nya. Bermacam-macam modul yang kami sediakan untuk menyemai rasa cinta kepada Allah & Rasulullah samada ia bentuk pengisian rohani mahupun jasmani. Apa yang menariknya ialah para peserta mulai faham bahawa hukum mencintai Rasulullah adalah wajib. Dan adalah menjadi satu kemestian bagi mereka untuk menghidupkan sunah Rasulullah S.A.W. Pihak kami juga memberikan sedikit penerapan mengenai Ikhtilat "Hari kekasih" yang mana hukum menyambut "Hari Kekasih" bagi umat Islam adalah HARAM. Mengapa ia haram? Ada bermacam-macam versi yang menyebabkan hukumnya jatuh kepada HARAM. Antara yang paling menarik ia berkait rapat dengan kisah seorang paderi bernama st. Valentine yang telah menjatuhkan kerajaan Islam di Cordova, Spanyol! Fikir-fikirkanlah...

Pada Qimullail kali ini PSS & KRU cawangan Sipitang telah menjemput Al-Fadhil Ustaz Mohammad Akmal wakil Persatuan Ulamak Sabah untuk menyampaikan kuliah mengenai Ikhtilat "Valentine Day" & Maulidur Rasul. Terima Kasih kami ucapakan kepada Ustaz Mohammad Akmal atas pengorbanan yang beliau lakukan demi menegakkan syiar Islam khususnya di Sipitang. Ucapan terima kasih ini juga kami abadikan buat Fasilitator-fasilitator yang sanggup berkorban harta, masa & tenaga demi memberi impak tarbiyah kepada adik-adik peserta Qiamullail pada kali ini.

Buat adik-adik peserta yang dikasihi, ketahuilah bahawa tanpa adik-adik semua program Qiamullail ini tiada maknanya. Terima kasih kami ucapkan atas pengorbanan adik-adik yang sanggup datang ke program Qiamullail pada kali ini walaupun hujan turun dengan lebat pada awal sesi pendaftaran. Allah saja yang dapat membalasnya. Harapan kami agar kecintaan adik-adik kepada Allah & Rasulullah S.A.W semakin mekar dalam hati adik-adik. Insyaallah jika rasa cinta adik-adik terhadap Allah & Rasul-Nya mendalam maka rasa cinta adik-adik terhadap ibu-bapa, adik-beradik, guru-guru, kawan-kawan & masyarakat juga akan turut mendalam. Mudah-mudahan adik-adik akan menjadi insan yang berjaya di dunia mahupun di akhirat. Semoga adik-adik sentiasa Istiqomah dalam apa jua program anjuran PSS & KRU. Terimakasih sekali lagi kami ucapkan.

Kuliah yang di sampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohammad Akmal


Terima Kasih atas kesudian Ustaz Mohammad Akmal menyampaikan ceramah "Ikhtilat Hari Kekasih & Maulidur Rasul"


"Slot Penghayatan Islam"

Cintakah kau pada "MUHAMMAD???"

Bergetar juga jiwa time ni tau... huh!


Tazkirah Subuh yang disampaikan oleh Akhi Abd Syukur


Wah... Terpana nampak adik-adik ni mendengar tazkirah dari akhi Abd Syukur


Sesi pemanasan badan yang di ketuai oleh akhi Mohd Saiful sebelum mula "Riadah"
boleh ke saiful??? Macam inda dapat ja ni... hehehe... ^_^


Wah... Inda sabar-sabar lagi bisdia ani kan beriadah...hee


Aduh... kelupahan mengambil gambar time bisdia ani beriadah... huh!


Slot terakhir... Slot Muhasabah "Selami hatiku"


Besurai... masing-masing bertukar-tukar nombor telefon..
ada yang minta nombor telefon fasilitator...
yang penting inda minta nombor telefon muslimat...


Mau tau apa yang lebih menarik???
Datanglah pada program seterusnya.... ^_^


2/15/11

JOM QIAMULLAIL... TOP - UP IMAN ANDA !!!




Mari datang beramai-ramai ke program Qiamullail Anjuran Persatuan Siswazah Sabah & Kelab Remaja Ukhuwwah cawangan Sipitang!!! Kita hiasi malam-malam kita dengan mencari taman-taman syurga dengan berQiamullail di waktu malam yang sudah tentunya merupakan amalan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat. Qiamullail ini jugalah yang telah membawa kemenangan kepada Muhammad Al-Fateh dan tentera-tenteranya dalam penawanan semula Kota Kostantienopale suatu ketiak dahulu dan Qiamullail ini jugalah yang membawa Nik Nur Madihah ke medan kejayaan dan di nobatkan sebagai pelajar terbaik SPM tahun 2009....

TEMPAT : Masjid Hj Hashim, Pekan Sipitang
TARIKH : 19 - 20 Februari 2011

YURAN : RM3 Sahaja...

TEMA : Kekasih yang di rindui

Tentatif Program

04.30pm - 05.00pm : Pendaftaran
05.00pm - 05.30pm : Taklimat peserta
05.30pm - 06.00pm : Makan
06:00pm - 06:30pm : Hemat Diri (Bersiap utk solat Maghrib)
06.30pm - 07.00pm : Solat Maghrib
07.00pm - 07.30pm : Tadarus Al- Quran
07.30pm - 08.00pm : Solat Isyak
08.00pm - 08.30pm : Tayangan
08.30pm - 09.30pm : Kuliah Dasar
09.30pm - 10.30pm : LDK
10.30pm - 10.45pm : Minum Malam
10.45pm - 11.05pm : Bacaan Al - Mulk sebelum tidur
11.05pm - 04.00am : Tidur
04.00am - 05.00am : Qiamullail
05.15am - 05.50am : Solat subuh
05.50am - 06.05am : Bacaan Al - Mathurat
06.05am - 07.30am : Sukaneka
07.30am - 08.00am : Sarapan Pagi
08.00am - 08.30am : Slot Muhasabah (Di manakah tingkat imanku?)
08.30am - 09.00am : Lambaian Ukhuwwah

* Untuk maklumat lanjut sila hubungi :-

(1) En. Mohd Fazreen Bin Musin, Pengerusi Persatuan Siswazah Sabah cawangan Sipitang (PSS'S) di talian 0198418262 atau...
(2) Ustazah Ferizah Bte Abdul Brahim, Timbalan Pengerusi PSS Sipitang di talian 0136066784atau...
(3) Saudara Jumardin Bin Hadi, Pengerusi Kelab Remaja Ukhuwwah cawangan Sipitang (KRU'S) di talian 0168138166


NAK TAU APA ISTIMEWANYA QIAMULLAIL PERDANA PADA KALI INI???
KENALAH DATANG.... ^_^


JUMPA DI SANA....


2/14/11

PROGRAM REHLAH "SEMANIS UKHUWWAH, REMAJA SERUMPUN" (03 Februari 2011)





Bersykur kita kehaderat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya blog ini terisi lagi dengan laporan program "Rehlah" anjuran Persatuan Siswazah Sabah (PSS) & Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) cawangan Sipitang. Tidak lupa juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kami aplikasikan buat AJK Tertinggi Kelab Remaja Amal (KRA) (dahulu dekenali sebagai KASIH) dari Lawas, Sarawak yang turut serta bertungkus lumus menjayakan program ini. Untuk pengetahuan anda program ini adalah program usahasama ketiga-tiga kelab NGO ini yang bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah & silaturahim antara ahli-ahlinya (Sipitang-Lawas).

Tema yang di bawa dalam program Rehlah kali ini ialah "Semanis Ukhuwwah, Remaja Serumpun". Tema ini ialah hasil gabungan antara tema yang dibawa oleh PSS & KRU Sipitang iaitu "Semanis Ukhuwwah" dan tema yang dibawa oleh KRA iaitu "Remaja Serumpun". Hasil gabungan kedua-dua idea ini maka tercetuslah tema "Semanis Ukhuwwah, Remaja Serumpun".

Program Rehlah ini berlangsung selama sehari bermula pada pukul 8.00am dan berakhir pada pukul 4.30pm. Apa istimewanya Rehlah pada kali ini ialah PSS & KRU cawangan Sipitang beserta KRA cawangan Lawas bersama-sama berganding bahu untuk memastikan program ini berjalan lancar samada dari segi pengisian, kebajikan mahupun keselamatan. Apabila dibahaskan soal pengisian pihak PSS, KRU, & KRA bersetuju agar pengisian pada waktu pagi disusun sepenuhnya oleh PSS & KRU cawangan Sipitang manakala pengisian pada waktu petang pula disusun sepenuhnya oleh KRA. Banyak aktiviti menarik yang di adakan samada aktiviti berunsur kerohanian mahupun riadah. Antaranya bacaan Al-Mathurat pada waktu pagi & petang, sukanneka, Kuliah dasar dan bermacam-macam lagi. Rugilah bagi yang tidak turut serta masa tu... ^_^

Dikesempatan ini pihak PSS & KRU cawangan Sipitang serta KRA cawangan Lawas ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Karim yang sudi memberikan kuliah dasar yang bertajuk "Ukhuwwah & persahabatan. Tidak lupa juga ucapan terimakasih yang tidak terhingga kami aplikasikan buat adik-adik peserta serta fasilitator-fasilitator yang sudi datang ke program kami yang serba kekurangan ini. Pihak kami amat mengalu-alukan kedatangan anda semua pada program yang akan datang. ^_^



Ni masa naik bot... on the way mau pegi Seri Tanjung Resort, Lawas, Sarawak



Ni time "survey" tempat untuk Rehlah di Seri Tanjung Resort, Lawas, Sarawak


Hemmmm.... Apa agaknya yang tengah di bincangkan oleh abang-abang ni ye???


Akhirnya buat Rehlah di Pantai Merintaman, Sipitang juga... hehehe


Ustaz Karim dengan cool'nya menyampaikan kuliah yang bertajuk "Ukhuwwah & Persahabatan"


Adedeh... serius jua... senyumlah sikit... hehehe... ^_^


Pengisian yang telah di 'incharge' oleh KRA


Aken... Ahli KRA... ^_^


Peace!!! Mau tau apa specialnya Program PSS, KRU & KRA??? Kalau mau tau... kena la datang next program... ^_^

2/13/11

QIAMULLAIL KALI PERTAMA BAGI TAHUN 2011 (29-30 Januari 2011)




Bersyukur kita kehaderat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita masih deberikan nafas, ruang & peluang untuk hidup di atas muka bumi Allah ini. Selawat & salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kerana dakwah baginda & para sahabat Islam sampai ke hari ini dan kita merasai nikmat Iman & Islam itu.

Tiada kata yang lebih indah yang mampu kami ucapkan selain merafakan kesyukuran kehaderat Allah S.W.T kerana dengan inayah & kebesaran-Nya Qiamullail PSS & KRU cawangan Sipitang buat kali yang pertama telah berjaya dilaksanakan dengan sentuhan pimpinan PSS & KRU pusat. Dalam Qiamullail pada kali ini keseluruhan pengisiannya telah disusun & diatur sepenuhnya oleh beberapa orang wakil saf pimpinan PSS & KRU Pusat iaitu Akhi Mohd Al-Amin Bin Dato' Utoh Said, Akhi Arif Ainuddin, Ukhti Nurul Insyirah Sunoto & Ukhti Nafisah. Tiada apa yang mampu kami berikan selain ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas jasa & pengorbanan yang telah kalian lakukan. Pihak kami amat menghargainya.

Apa istimewanya Qiamullail pada kali ini ialah pihak PSS & KRU Pusat telah memberikan rukun-rukun tertentu untuk di patuhi iaitu bercakap baik, besemangat, berani & berdisiplin. Apabila kita amati, rukun ini sebenarnya merupakan rukun-rukun yang perlu ada dalam diri setiap manusia yang juga seorang pemimpin. Hal ini adalah berasaskan kepada sabda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadith sahih yang dilaporkan oleh Ibnu Umar:

Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin [Muttafaq Alayh]

Adik-adik ni diarahkan untuk mencari ahli kumpulan tanpa mengeluarkan suara

Eh... Yuyu & abg Arif tengah bincang apa tu???

Wah... Khusyuknya....




Para Peserta sedang melakukan persiapan akhir untuk tugasan yang telah di berikan... bisdia ani kan kana suruh belakun ba ni! ^_^




Hah... ani... baru tah bisdia banar-banar belakun... siapa lah yang bakal menggantikan Rosyam Nor ni karang... hehehe


Mau tau apa istemewannya Qiamullail PSS & KRU Sipitang ni??? Kena lah datang Qiam akan datang.... ^_^