1/26/11

QIAMULLAIL KALI PERTAMA SESI 2011... BERANI??? DATANGLAH!!!



Salam, perhatian kepada semua Muslimin & Muslimat... Qiamullail perdana buat kali yang pertama akan di adakan seperti ketetapan berikut :-

TARIKH : 29 - 30 Januari 2011
MASA : 04.30pm - 10.00am
TEMPAT : Masjid Hj Hashim, Pekan Sipitang.


Berikut Merupakan tentatif bagi program ini :-

Tentatif Program

04.30pm - 05.00pm : pendaftaran
05.00pm - 06.00pm : Slot taklimat & minda setting
06.00pm - 07.00pm : Solat maghrib
07.00pm - 07.30pm : Slot 2
07.30pm - 08.45pm : Solat Isyak & makan mlm
08.50pm - 11.00pm : Slot 3 (Ragam dunia)
11.00pm - 12.00am : Ulasan
04.00am - 04.30am : Slot 4 (Melodi fitrah)
04.30am - 06.00am : Qiam & Solat Subuh
06.00am - 07.30am : Riadah
07.30am - 08.00am : Sarapan pagi
08.00am - 09.30am : Slot 5 (Berhasilkah aku?)
09.30am - 10.00am : Lambaian Ukhuwwah & Bersurai


* Setiap akhir slot akan diselitkan muhasabah selama 3 minit.
* Yuran penyertaan adalah sebanyak RM5 sahaja.
* Untuk maklumat lanjut sila hubungi :-

(1) En. Mohd Fazreen Bin Musin, Pengerusi Persatuan Siswazah Sabah cawangan Sipitang (PSS'S) di talian 0198418262 atau...
(2) Ustazah Ferizah Bte Abdul Brahim, Timbalan Pengerusi PSS Sipitang di talian 0136066784 atau...
(3) Saudara Jumardin Bin Hadi, Pengerusi Kelab Remaja Ukhuwwah Sipitang (KRU'S) di talian 0168138166

DATANGLAH!!! PASTI BERBALOI... ^_^

1/3/11

KRU'S & KASIH menjalin satu ikatan ukhuwwah...





Asalamualaikum w.b.t...

Pertama – tamanya bersyukur kita kehaderat Allah S.W.T kerana atas limpah kurnia-Nya kita masih diberikan nafas ruang & peluang untuk hidup di bumi Allah ini. Selawat & salam keatas Nabi Muhammad S.A.W kerana dakwah baginda & para sahabat Islam sampai ke hari ini khususnya di bumi Sipitang ini.

Hari ini sekali lagi pena berbicara untuk menyatakan rasa syukur yang tak terhingga kerana dengan Izin & limpah kurnia – Nya Kelab Remaja Ukhuwwah Sipitang (KRU’S) telah Berjaya melangkah ke tahun baru 2011 dengan di sulami satu ikatan Ukhuwwah bersama Kelab Kearah Satukan Ikatan Hati (KASIH).

Sudah takdir yang maha kuasa mantan Majlis tertinggi KRU’S sesi 2010 telah di pertemukan dengan pengasas KASIH ( Mohammad Hassan Liakbar) pada 25 Disember 2010. KASIH merupakan sebuah kelab dari Kuala Lawas, Sarawak. Walaupun cuma sehari berkenalan, tetapi atas dasar kesatuan fikrah KRU’S & KASIH telah menjalin satu ikatan ukhuwwah. Menurut akhi Hassan KASIH sudah 2 minggu ditubuhkan dan telah menjalankan beberapa aktiviti ekonomi bagi mengumpul dana kelab tersebut.


Kenduri kesyukuran & Sesi taaruf bersama Masulah (Ustazah Ferizah Bte Abd Brahim) beserta Majlis Tertinggi KRU'S sesi 2010 & 2011


Sehubungan dengan itu pada tarikh yang sama juga Sedikit kenduri kesyukuran telah di adakan di Rumah masulah (Ustazah Ferizah Bte Abd Brahim) pada ketika itu kerana beliau baharu sahaja berpindah rumah. Oleh yang demikian kami mengambil kesempatan ini untuk menjalankan sesi taaruf bersama akhi Hassan.

Mudah-mudahan dengan adanya KASIH, penggiat-penggiat dakwah akan lebih ramai & dakwah di Sipitang & Kuala Lawas akan berjalan dengan lebih teratur & sistematik.. Insyaallah...

KRU di Hatiku.

Bismillahirahmannirrahim

Assalamualaikum WBT pembuka bicara. Alhamdulillah untuk sekian kalinya Allah masih memanjangkan usia kita menginjak tahun 1432 hijrah dan kini 2011 masihi puga membuka tirai. Kelab Remaja Ukhuwwah(KRU) mengucapkan ribuan terima kasih buat sahabat sahabiah yang sudi menyokong KRU dan menceriakan aktiviti-aktiviti KRU. Semoga Allah menetapkan hati-hati kita agar istiqomah dalam melaksanakan segala kebaikan.

Menjejakkan usia ke tahun 1432H/2011M, mencoretkan ribuan kenangan yang pasti termaktub dalam lipatan sejarah. Semoga kepahitan dan kemanisan yang dilalui mampu mematangkan diri dalam memahami erti kehidupan.

Apa hukumnya menyambut tahun baru masihi?

Ustaz Zaharuddin menyatakan hukumnya adalah HARUS secara bersyarat, iaitu;
* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.

Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah"

Ertinya:
"Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan".
(Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).

Terdapat satu keadah lain berbunyi : " Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat"
Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)

* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu, sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga.

* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).

* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.
Konsert, pergaulan yang tidak terpisah, hiburan pencetus maksiat berleluasa lagi hiburan berteraskan budaya hedonisme barat. Rentetan daripada permasalahan ini membuka mata Persatuan Siswazah Sabah untuk mewujudkan kelab remaja yang mampu melahirkan lebih ramai remaja yang bersifat rabbaniah dan berusaha memperjuangkan Islam berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah

Kelab remaja PSS kini telah berusia 3 tahun selepas penubuhannya. Sejak penubuhan tersebut, kini telah terdapat sebanyak 7 cawangan Kelab Remaja Ukhuwwah berjaya diwujudkan [Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud, Sipitang, Kota Marudu, Kundasang dan penampang]. Mengimbau memori sepanjang berprogram, bervariasi aktiviti telah dilaksanakan dengan izin Allah SWT

KRU Kota Kinabalu - Transformasi Menuju Misi


KRU Tuaran - Prihatin isu ummah


KRU Kota Belud - Menjiwai Masyarakat


KRU Sipitang - Berdikari mendukung Dakwah


KRU Kota Marudu - Islam di Hatiku


KRU Penampang - Up Up, DPM!


KRU Kundasang - Kualiti Melangkaui Kuantiti

Semoga KRU dan PSS akan terus mendapat tempat dijiwa masyarakat dan berjaya menyuburkan Islam di bumi Sabah. Ya Allah, istiqomahkanlah hati pejuang-pejuangMu dalam berbakti kepada masyarakat Sabah, terus berusaha merebut hati-hati bakal peneraju masa hadapan, bersatu menegakkan syiar Islam bagi mengejar keredhaanMu.

Bhagianya jika berada dalam satu fikrah walaupun yang lainnya berada nun jauh di hujung dunia... Kerana yang sefikrah ini lah yang akan sama-sama memikul satu beban dakwah... Insyaallah...