11/14/10

Memori Terindah di Final Qiam...



Bismillahirahmanirahim... asalamalaikum w.b.t...


Alhamdulillah bersyukur kita kehaderat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya Qiamullail Perdana KRU'S buat kali yang terakhir (Tarikh : 06 Novenber 2010) telah berjaya di laksanakan di Masjid Hj Hashim, Pekan Sipitang. Walaupun pesertanya agak sedikit berbanding Qiamullail yang lepas, Lajnah tertinggi KRU'S tidak menganggap itu semua sebagai satu masalah... Sebaliknya KRU'S mengambilnya sebagai salah satu medium Muhasabah untuk memperbaiki lagi gerak kerja KRU'S pada masa akan datang terutama dari segi penerbitan & pengiklanan, pengisian, makanan dan sebagainya.


KRU'S juga turut berbesar hati atas kesudian Ustaz Ahmad Bakri dalam menyampaikan Kuliah bertajuk "Peribadi Seorang Mukmin"... tidak lupa juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada Akhi Azizul Julirin & Akhi Fezri (Wakil PSS Kota Kinabalu) yang sanggup turun padang untuk memberi impak tarbiyah buat AJK & Peserta-peserta Qiamullail KRU'S. Allah saja yang dapat membalasnya.


Wajah - Wajah Istiqamah...



LDK yang dipimpin oleh para nakuba'

Slot Muhasabah disampaikan oleh Abang Azizul Julirin

Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Bakri
(Tajuk : Peribadi Seorang Muslim)

Berikut Merupakan tentatif Qiamullail Perdana KRU'S buat kali yang terakhir untuk tahun ini:-


TENTATIF PROGRAM QIAMULLAIL KRU'S

(06 November 2010)

Masa

Perkara

01.00pm

Pendaftaran peserta

02.00pm

Taklimat

02.05pm

Tazkirah

02.35pm

Game : Mesej berantai

03.00pm

Aktiviti Riadah : Gigit biskut

03.20pm

Solat Asar

03.50pm

Usrah

04.15pm

Goreng pisang

04.45pm

Minum petang

05.00pm

Bersurai

06.00pm

Solat Maghrib

06.30pm

Makan malam/tazkirah maghrib

07.05pm

Solat Isya

07.45pm

Kuliah : Peribadi Seorang Mukmin

08.45pm

Slot Muhasabah

09.45pm

Minum malam

10.00pm

Bacaan Al-mulk

10.30pm

Tidur

03.00am

Bangun

03.30am

Qiamullail

04.45am

Solat Subuh

05.20am

Al-Mathurat

05.45am

LDK

06.45am

Sarapan

07.00am

Khidmat bakti

07.30am

Lambaian Ukhuwah


10/13/10

FINAL QIAM : JOM DATANG BERAMAI-RAMAI !!!


Salam, perhatian kepada semua Muslimin & Muslimat... Qiamullail perdana buat kali terakhir akan di adakan seperti ketetapan berikut :-


Tarikh : 06/11/2010 (Sabtu)
Masa : Selepas Zuhur (01.00pm - 7.30am) keesokan harinya.
Tempat : Masjid Hj Hashim, Pekan Sipitang
Yuran : RM5 sahaja


Tema :-

"FINAL QIAM : UNFORGETABLE MOMENT"


  • Program ini terbuka kepada semua Muslimin & Muslimat dimana jua anda berada (Khususnya Remaja Islam)...
  • Pelbagai aktiviti menarik disediakan oleh pihak penganjur (PSS'S & KRU'S) seperti REHLA, CERAMAH, LDK dan macam-macam lagi...yang membuat kita rasa diri kita bertuhan... Jadi... Jangan lepaskan peluang ini... Datanglah beramai-ramai... "RUGI...KALAU INDA DATANG"....!!!!

Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi :-

- Akhi Ismadi ~ 0195310148
- Ukhti Iman ~ 0145631603



10/4/10

Mati Kita Dalam Iman

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah...Puji dan Syukur kepada Rasul junjungan...



Apa khabar adik-adikku di Sipitang. Semoga adik-adik semua sentiasa kuat dalam perhitungan membawa dakwah Islam. Tidak lupa kepada Ukhti habibati Kak Ferizah dan sahabatku Mashana. Alhamdulillah...rumpun KRU'S yang kita sama-sama bina kini sudah membuahkan hasil. Alhamdulillah...

Dari KRU'S sudah lahir adik-adik kita yang berjiwa pendakwah. Yunus, Ismadi, Fazreen, Hemrol, Zumar, Syukur, Insyirah, Hasnaa, Iman, Amni, Zahra, Wani dan adik-adik lainnya...Alhamdulillah. (ada ka nama yang kak nda sebut?maaf mungkin terlupa..huhu..dhoifnya akk).

Sekarang adik-adik sudah bertebaran di muka bumi Allah meneruskan perjuangan mencari bekal di jalan dakwah. Masing-masing sudah ada matlamat tersendiri untuk memastikan dakwah Islam kita di Sipitang akan diteruskan dengan hati dan jiwa yang lebih penuh dengan ilmu dan bekalan untuk dicurahkan kelak. InsyaAllah...

Cuma pesan akak, biar di mana pun kita berada , biarlah matlamat perjuangan kita itu menjadi asas dan panduan dalam kita meneruskan kehidupan. Di mana pun kita berada biarlah kita sentiasa menegakkan 'kota konstantinople' untuk kita persembahkan di mahkamah Allah kelak. Ingat adik-adik, Islam itu sahajalah yang akan meninggikan martabat insan. Bukan di sisi manusia yang kita harapkan tetapi di sisi Allah. Kerana janji Allah itu pasti...SYURGA.

Dalam meneruskan kehidupan masing-masing...mungkin adakalanya kita tergoda dengan keindahan hidangan dunia. Dengan kehidupan remaja yang biasa-biasa saja. Buktinya, ramai sahabat-sahabat adik-adik tersungkur sebelum sempat kita pegang tangan mereka erat-erat. Mungkin kekangan kita adalah, kita punya semangat yang tinggi, tapi kita kurang ILMU tentang Islam..

Itu sebenarnya masalah kita mengapa ada antara kita yang begitu mudah menanggalkan gelaran pendakwah bersama KRUS. Kerana mereka masih tidak faham apa makna nikmatnya hidup dalam Islam. Apa maknanya perjuangan dalam persahabatan kerana Allah. Apa maknanya nikmat hanya mengharapkan keredhaan Allah.

Jadi, untuk adik-adik sekalian, akak yakin, kita semua bukan semata berbekal semangat, tapi adik-adik semua adalah anugerah Allah kepada bumi Sipitang yang bakal menyuburkan dakwah Islam di hati-hati mereka yang memerlukan. 

Kerana itu, di mana pun adik-adik berada ingatlah seperkara... Islam itu letaknya di hati. Semat, simpan, sayang dan suburkannya dengan Iman yang mendalam. Kerana tanpa islam dan Iman kita tiada nilainya lagi di muka bumi Allah ini. Dalami Islam, Carilah Islam, Amalkan Islam di mana pun kita berada. Dan jangan lupa...kita ada tanggungjawab yang belum selesai setelah kembali ke bumi Sipitang.

Ini pesan akak untuk akak dan juga adik-adik...Moga ukhuwah kurniaan Allah ini akan mengikat hati-hati kita di jalan dakwah yang banyak sangat liku-liku nya. Ukhuwah inilah yang akan saling memperkuat hati-hati kita. Jika ada masalah, carilah kita-kita ( selain dari sahabat-sahabat KRU dan PSS lain). Kalau ada masalah, bagi tahulah kita-kita. Kalau saat hati dirundung resah, ingatlah kita-kita sentiasa ada bersama-sama kita semua. Saling menyokong dan saling menyayangi. Kerana ukhuwah ini kerana Allah. Kerana kita mahu mati dalam iman dan Islam.. (^_^)



Semoga kita semua akan terus thabat dalam perjuangan mencari Syurga Allah ini..aminn ya Rabbal alamin...

Jaisyu Muhammad badaa ya'ud...

9/27/10

Jalan Mana?


Bismillahirrahmanirrahim.

Jika kita sedar hidup semata-mata untuk mengabdi kepada Allah, pasti setiap detik kita berusaha untuk mengumpul amal soleh, setiap hari mencari bekal untuk mencapai redhaNya. Berusaha sesungguhnya melupakan kenikmatan dunia sementara. Hawa nafsu sering mendahului kemahuan.. mendahului iman.. Panggilannya sesaat kemudian hilang meninggalkan dosa-dosa dan penyesalan..
Imam Muslim dan Imam Ibn majah, meriwayatakan hadits Rasulullah yang berbunyi : "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada penampilan dan harta kamu sekalian, melainkan melihat kepada hati dan perbuatan kalian". Hati?perbuatan? Sering kali hati tidak seiring dengan perbuatan..

Allah mengingatkan : “Hai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka sekali-kali
janganlah kehidupan dunia memperd
ayakan kamu dan sekali-kali janganlah
syaitan yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah” (Fathir: 5)

Aduhai diri, belum sadarkah dari dikuasai nafsu, berjalan menuju kebaikan dan hikmah.. jalan sunnah Rasulullah, jalan istiqomah dalam ilmu dan amal .. Terlalu banyak arah sepanjang perjalanan, tapi jalan yang mana yang terbaik??



“dan (demi) jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya). maka Allah
mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan
sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya (Q.S. ASYSYAMSY:7-10)

Hmm..sekadar berkongsi sedikit, sebab terlalu lama tak update blog ni, cuba beringat kepada diri dan seluruh umat, semoga iadapat menjadi kebaikan yang Allah berkenan untuk menghantarnya menuju kebaikan seterusnya, baik dunia mahupun akhirat. Dan semoga akan ada kehidupan baru, terus tumbuh, bersama keredhaNya.. Mencari jalan yakni harapan yang paling besar di sisi Allah..

“Semoga Allah berkenan menjaga keistiqomahan dijalan yang lurus menuju keridhaan Allah“
Wallahua'lam

6/18/10

Selamat Ulang Tahun Amni



Bismillahirrahmanirrahim.. Segala Puji Bagi Allah yang telah memberinya nikmat dengan membantunya terus istiqamah dalam gerak kerja Islam, mempermudahkan baginya jalan kebaikan, dan mengasihinya dengan tempias-tempias ujian..
Amni (amirah KRU'S) telah mencapai usia 21 tahun pada 12 JUN, tarikh yang sama dengan persandingan kak Ferizah..=) Kata sepakat dengan sahabat lain, kami raikan hari jadinya selepas balik dari walimatul urus di Kuala Penyu, menyinggah di Beufort membeli apa yang patut..sedikit pun dia nda tau, atau pura2 nda tau..hehe mau sambut di KP, risau pula ada dua majlis nanti.. Apa2pun, surprise menjadi (rasa-rasanya la kot) Kami doakan, semoga umur yang masih berbaki digunakan pada jalan Allah dengan sebaiknya..Ameenn.. Kami sayang Amni kerana Allah..


Yunus(mantan Amir KRUS) membacakan doa

Sempat bermeting KRIS Sipitang
Amni (nombor dua dari kanan-purple)

Maju KRU'S Sipitang. Takbir!!


6/16/10

Tahniah kak!!

Bismillahirrahmanirrahim.. Segala Puji Bagi Allah, dengan nikmat kurniaNya yang tidak henti-henti kepada hambaNya..Selawat serta salam kepada Nabi dan Rasul junjungan kami, yang kami rindui Nabi Muhammad SAW..Waaa gembiranya mau sampaikan perkabaran kali ini, "Ikan di laut asam di darat,dalam kuali bertemu jua, Hati terpaut janji diikat,atas pelamin bertemu jua"
(^-^) tahniah!Tahniah! Pada 11hb jun 2010 ustazah yang kami kasihi, kakak yang kami hormati juga sahabat yang sentiasa di hati, sah menjadi isteri kepada Karim Bin Ibrahim. KRU'S sempat merakamkan detik-detik pernikahan juga persandingan pada hari bahagia pasangan ini, sebab itu juga kami secepat yang mungkin cuba mem'posting potret-potret bahagia sepanjang walimatul urus. Ndak mau buat ayat jiwang-jiwang, cukup sekadar kami ucapkan dengan pantun-pantun. Boleh,kan?



Pokok pulai tidak berduri
Dibuat bumbung luas melebar
Dua mempelai berseri-seri
Dua jantung berdebar-debar


Rimbun semalu di jambu batu
Bangkit pelanduk terus berlalu
Kompang dipalu menyahut restu
Pengantin duduk tersenyum malu

Banyak lagi gambar sebenarnya.. tapi ni antara yang paling semat, sebab ada muka kami ..hihi

Aik, mana pengantin?? (kak che, maaf ya, kak lambat datang, yang ni ndada gambar kak, nanti saya edit..hehe =)

Disebabkan keadaan line DIGI broadband yang sangat menyedihkan, nda dapat upload gambar banyak-banyak..sebarang request tidak dilayan..haha (^-^) Semoga Berbahagia kak.. Bercinta sampai ke syurga.. ameenn

6/3/10

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, Qiamulail Perdana kali ke-3 KRU’S bertempat di Masjid Pekan Hj. Hashim berlangsung dengan jayanya. Kami beranggapan bahawa Qiam kali ini akan kurang semaraknya disebabkan cuti sekolah yang baru bermula, pasti ramai adik-adik yang akan balik ke kampung dan sebagainya, lagi-lagi hujan lebat pada petang sabtu hinggalah malam. Waaa, memang terharu melihat adik-adik yang datang meredah hujan sungguh komitmen untuk berprogram. Qiam kali ini bertemakan ‘Cinta’. Cinta??haa, siapa yang datang ja yg tau..(^_^)
Warna-warni qiam kali ini.


Debat. Cinta dan Belajar. Mana yang lebih penting?


Pandai suda urus makan sendiri ya..bagus!bagus!hehe


Aik, sematlah ko buat peace dik, ada gaya..=)


AJK sedang plan mau mengondem peserta..haha


Si Buta meraba gula-gula tangkai, kalau ndak, ndak dapat makan..hihi



Ni apa??Haaa usrah mingguan yg tetap berjalan, sebelum2 ni ndak sempat post. Ambil kesempatan la ni mau tayang..huhu


Tapi yang penting, KRU ada port sendiri suda di Masjid ni..Tengok?hebatkan..Tahniah!Tahniah!

5/15/10

KRIS Sipitang Menjelma Lagi!!!



KEM REMAJA ISLAM (KRIS) SIPITANG 2010
KEMBALI LAGI!!!



TARIKH :
25 - 27 JUN 2010 ( JUMAAT HINGGA AHAD)

TEMPAT :
 MASJID HJ HASHIM,PEKAN SIPITANG

ANJURAN:

PERSATUAN SISWAZAH SABAH (PSS)
&
KELAB REMAJA UKHUWWAH (KRU)

p/s: Remaja Hari Ini, Pemimpin Esok Hari. Kepada semua KRU'S family yang "bertaburan" di seluruh Sipitang. Get ready..!!!! KRU'S BOLEH!!!!

4/8/10

QIAMULAIL PERDANA KRU,S TAHUN 2010

PERSATUAN SISWAZAH SABAH CAWANGAN SIPITANG
Dengan kerjasama
KELAB REMAJA UKHUWWAH SIPITANG

dengan sukacitanya Menganjurkan : -

QIAMULAIL PERDANA PADA SETIAP BULAN SEPANJANG TAHUN 2010
BERTEMPAT DI MASJID HJ HASHIM PEKAN SIPITANG, BERMULA PADA PUKUL 6.00 PETANG HINGGA 7.30 PAGI

BERIKUT IALAH TARIKH BAGI QIAMULAIL PERDANA ANJURAN KRU'S & PSS SEPANJANG TAHUN 2010

27 – 28 Mac 2010
17 – 18 April 2010
22 – 23 May 2010 (DITUNDA PADA 29 - 30 MAY 2010)
19 – 20 Jun 2010
17 – 18 Julai 2010
21 – 22 Ogos 2010
18 – 19 Sept 2010 (DITUNDA PADA 25 - 26 SEPT 2010)
16 – 17 Okt 2010

 Terbuka kepada semua Muslimin & Muslimat (Khususnya remaja Islam)

 Aktiviti menarik menanti anda: Tayangan slide show,Usrah Remaja,Riadhah dan banyak lagi..yang pastinya membawa kita saling ingat-mengingati serta rasa diri bertuhan.

 Yuran penyertaan ialah sebanyak RM2 sahaja. “Apalah sangat RM2 jika dibandingkan dengan manfaat serta pahala yang kita peroleh????”

 Untuk maklumat lanjut sila hubungi : -

1. Saudara Madi – 0195310148
2. Saudara Faris – 0198418262
3. Saudari Iman – 0145631603

4/6/10

Tutorial Blog

Bismillah
Alhamdulillah...

Pertamanya tahniah buat adik-adik KRU Sipitang yang semakin maju dengan adanya blog peribadi sendiri. Tahniah buat Faris dan Az-Zumar...semoga adik-adik yang lain pun cepat menyusul untuk dapat buat blog sendiri.

Sebelum ni, Faris ada minta kak untuk tolong ubah suai blog Faris...Tapi memandangkan akak sedikit sibuk...dan agak payah juga mau curi masa untuk mengubah suai blog Faris....juga atas tujuan kak mau adik-adik belajar untuk meng'indah'kan  blog...maka kak pun mengambil inisiatif letak tutorial blog di sini...Jadi boleh juga dikongsi oleh semua adik-adik dan pengunjung lainnya..

Ok..step pertama..

1. Untuk buat blog...sebenarnya kita ada banyak laman-laman yang menyediakan blog free..antaranya Blogspot (yang kak, blog KRU'S, KRU, PSS, Faris, Az-Zumar dan hampir kesemua abang-abang dan kakak-kakak PSS guna), wordpress, friendster dan banyak lagi sebenarnya... cuma untuk tutorial kali ini kak rasa kita fokus pada Blogspot.

Link Blogspot http://www.blogger.com
klik read more di bawah ni untuk bacaan sepenuhnya

3/22/10

Pencaria Lagu Tema Kelab Remaja Ukhuwwah!!

Sumber :  Majlis Penyelaras Kelab Remaja Ukhuwwah

Buat sahabat yang dikasihi kerana Allah SWT sekalian,
Selaras dengan program pelancaran secara rasmi Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Peringkat Negeri Sabah, beberapa aturan dan langkah dinamik memantapkan kelab ini telah dilakukan. KRU akan dilancarkan secara rasmi dibawah kelolaan Persatuan Siswazah Sabah (PSS) setelah bertapak dan beroperasi selama 3 tahun dalam masa terdekat.

Atas pesetujuan Pihak MT Persatuan Siswazah Sabah dan Majlis Penyelaras KRU, Insya-Allah selepas ini logo yang terbaru akan digunakan dalam setiap program-program remaja yang dianjurkan oleh KRU sendiri bagi menggantikan logo yang lama. Sekalung ucapan terima kasih buat sahabat-sahabat yang banyak membantu dalam menyumbangkan idea dan cadangan-cadangan kreatif dalam penghasilan logo. Untuk makluman, tempahan baju rasmi kelab telah dilakukan dan kini hanya menunggu detik diumumkan oleh PIC (person of incharge) tidak lama lagi. Nantikan kemunculannya tidak lama lagi.


KRU seterusnya bakal mengorak satu lagi langkah baru dengan cetusan idea mewujudkan LAGU TEMA KRU. Sekali lagi idea kreatif dan cadangan bernas sahabat-sahabat dalam mewujudkan lirik yang padu amat diperlukan. Buah fikiran berbentuk ‘point’ turut diterima.

Untuk penyelarasan bersama, lirik lagu yang dicadangkan seharusnya memenuhi tema-tema berikut atau salah satu kombinasi daripadanya:

-Ukhuwwah dan persaudaraan (WAJIB)
-Ilmu kefahaman
-Keimanan atau ketakwaan
-Keikhlasan hati
-Amal yang benar
-Kesungguhan dalam kerja
-Pengorbanan dan kepatuhan
-dll (bergantung kepada kreativiti dan cadangan anda semua)

Ringan-ringankan minda dan jemari anda,
sebarang cadangan lirik boleh diemailkan kepada:

zulhilmey@gmail.com (Pengarah program)
yuyushira@ymail.com (Timbalan Pengarah program)

SEBELUM 25 APRIL 2010.

p/s: Ahli KRU'S pasti boleh! Berusaha agar lagu tema KRU datangnya dari cawangan Sipitang. Ana sentiasa melihat dari jauh biarpun berada di Bumi Kenyalang.. :)

3/19/10

KRU'S - "You Want To Know Us??"

Pada 7 Mac 2010 yang lepas, Kelab Remaja Ukhuwwah Cawangan Sipitang (KRU'S) di bawah seliaan Persatuan Siswazah Sabah Cawangan Sipitang telah mengadakan satu program iaitu "You Want To Know Us??". Program ini telah dibuat selama sehari, iaitu bermula pada 7.30 pagi sehingga la 5.30 petang. Program dijalankan di Masjid Haji Hashim Pekan Sipitang. Berikut merupakan warna-warni sekitar program tersebut:


Ukhti Insyirah giat memberikan penerangan untuk modul LDK


Reaksi peserta ketika sesi latihan dalam kumpulan (LDK)


Para peserta sedang bersolat Dhuha'


Sdra. Iskhandar dari Kelab Remaja Ukhuwwah Pusat sedang memberikan pengisian  



Kelihatan Sdra. Yunus dan geng2 muslimeen KRU'S sedang menjamah makanan.

p/s : KRU'S sentiasa di hati...

Perubahan Logo Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU)

Salam alayk'. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat yang dikasihi, atas ketetapan tertentu, logo Kelab Remaja Ukhuwah (KRU) telah mengalami proses transformasi. This is the latest one..




Harap maklum. Segala kesulitan amat dikesali. Syukran.

1/15/10

Selamat Kembali Ke Sekolah!!


KELAB REMAJA UKHUWWAH CAWANGAN SIPITANG (KRU'S)
MENGUCAPKAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
KEPADA
SEMUA PELAJAR SEKOLAH DI SELURUH DAERAH SIPITANG

"Semoga datang dengan harapan dan keazaman yang besar bersempena Ma'al Hijrah 1431H"


"Remaja Hari Ini, Pemimpin Esok Hari"