10/4/10

Mati Kita Dalam Iman

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah...Puji dan Syukur kepada Rasul junjungan...



Apa khabar adik-adikku di Sipitang. Semoga adik-adik semua sentiasa kuat dalam perhitungan membawa dakwah Islam. Tidak lupa kepada Ukhti habibati Kak Ferizah dan sahabatku Mashana. Alhamdulillah...rumpun KRU'S yang kita sama-sama bina kini sudah membuahkan hasil. Alhamdulillah...

Dari KRU'S sudah lahir adik-adik kita yang berjiwa pendakwah. Yunus, Ismadi, Fazreen, Hemrol, Zumar, Syukur, Insyirah, Hasnaa, Iman, Amni, Zahra, Wani dan adik-adik lainnya...Alhamdulillah. (ada ka nama yang kak nda sebut?maaf mungkin terlupa..huhu..dhoifnya akk).

Sekarang adik-adik sudah bertebaran di muka bumi Allah meneruskan perjuangan mencari bekal di jalan dakwah. Masing-masing sudah ada matlamat tersendiri untuk memastikan dakwah Islam kita di Sipitang akan diteruskan dengan hati dan jiwa yang lebih penuh dengan ilmu dan bekalan untuk dicurahkan kelak. InsyaAllah...

Cuma pesan akak, biar di mana pun kita berada , biarlah matlamat perjuangan kita itu menjadi asas dan panduan dalam kita meneruskan kehidupan. Di mana pun kita berada biarlah kita sentiasa menegakkan 'kota konstantinople' untuk kita persembahkan di mahkamah Allah kelak. Ingat adik-adik, Islam itu sahajalah yang akan meninggikan martabat insan. Bukan di sisi manusia yang kita harapkan tetapi di sisi Allah. Kerana janji Allah itu pasti...SYURGA.

Dalam meneruskan kehidupan masing-masing...mungkin adakalanya kita tergoda dengan keindahan hidangan dunia. Dengan kehidupan remaja yang biasa-biasa saja. Buktinya, ramai sahabat-sahabat adik-adik tersungkur sebelum sempat kita pegang tangan mereka erat-erat. Mungkin kekangan kita adalah, kita punya semangat yang tinggi, tapi kita kurang ILMU tentang Islam..

Itu sebenarnya masalah kita mengapa ada antara kita yang begitu mudah menanggalkan gelaran pendakwah bersama KRUS. Kerana mereka masih tidak faham apa makna nikmatnya hidup dalam Islam. Apa maknanya perjuangan dalam persahabatan kerana Allah. Apa maknanya nikmat hanya mengharapkan keredhaan Allah.

Jadi, untuk adik-adik sekalian, akak yakin, kita semua bukan semata berbekal semangat, tapi adik-adik semua adalah anugerah Allah kepada bumi Sipitang yang bakal menyuburkan dakwah Islam di hati-hati mereka yang memerlukan. 

Kerana itu, di mana pun adik-adik berada ingatlah seperkara... Islam itu letaknya di hati. Semat, simpan, sayang dan suburkannya dengan Iman yang mendalam. Kerana tanpa islam dan Iman kita tiada nilainya lagi di muka bumi Allah ini. Dalami Islam, Carilah Islam, Amalkan Islam di mana pun kita berada. Dan jangan lupa...kita ada tanggungjawab yang belum selesai setelah kembali ke bumi Sipitang.

Ini pesan akak untuk akak dan juga adik-adik...Moga ukhuwah kurniaan Allah ini akan mengikat hati-hati kita di jalan dakwah yang banyak sangat liku-liku nya. Ukhuwah inilah yang akan saling memperkuat hati-hati kita. Jika ada masalah, carilah kita-kita ( selain dari sahabat-sahabat KRU dan PSS lain). Kalau ada masalah, bagi tahulah kita-kita. Kalau saat hati dirundung resah, ingatlah kita-kita sentiasa ada bersama-sama kita semua. Saling menyokong dan saling menyayangi. Kerana ukhuwah ini kerana Allah. Kerana kita mahu mati dalam iman dan Islam.. (^_^)



Semoga kita semua akan terus thabat dalam perjuangan mencari Syurga Allah ini..aminn ya Rabbal alamin...

Jaisyu Muhammad badaa ya'ud...

0 perkongsian pendapat:

Post a Comment