6/10/09

Pengenalan

Kelab Remaja Ukhuwwah cawangan Sipitang telah ditubuhkan pada 27 Disember 2008. Ketika itu KRU,S hanya mempunyai ahli dari Sekolah Menengah Pengiran Omar Sipitang. Orang yang bertanggungjawab menubuhkan KRU,S pada ketika itu adalah Ustazah Ferizah Abd Brahim yang juga merupakan Ustazah di sekolah tersebut juga wakil Persatuan Siswazah Sabah cawangan Sipitang, sekaligus beliau merupakan penasihat kepada KRU,S sehingga sekarang.
Penubuhan KRU,S ini adalah bertitik-tolak dari peserta-peserta Kem Remaja Islam Sipitang 2008 yang mempunyai kesedaran tinggi untuk mengamalkan dan menyebarkan agama Islam. Hasil perbincangan Persatuan Siswazah Sabah Sipitang, akhirnya KRU,S ditubuhkan.
Sehingga kini KRU,S telah berjaya mengadakan pelbagai program yang berunsurkan dakwah seperti Jelajah Dakwah, Kem Remaja Ukhuwwah, KRIS 2009, dan banyak lagi.
Setelah memikirkan mengenai dakwah KRU,S yang perlu melalui transformasi yang lebih berkesan, blog KRU,S akhirnya berjaya diwujudkan. Dengan adanya blog ini KRU,S berharap usaha dakwah KRU,S akan menjadi lebih meluas dan aktiviti-aktiviti KRU,S dapat dikongsi dengan semua pelayar internet.
Apa yang menjadi harapan KRU,S , kehadiran KRU,S di Sipitang ini sedikit sebanyak akan membawa syiar Islam ke Bumi Sipitang dan akan dikira sebagai kebajikan untuk bekalan menuju Akhirat.
Sekian

1 perkongsian pendapat:

Anonymous said...

mubarak!! syabas!! moga dpt ksempatan bsama dgn kwn2 bkerja utk amal jariah islam d sipitang.
dr yg jauh..Mohammaddin.A.

Post a Comment