6/30/09

Pesanan Untuk Adik


Teringin pula tiba-tiba mau menyumbang posting di blog ni..hehe...boleh ba kan adik-adikku semua..

Setelah hampir seminggu meninggalkan bumi daerah yang disayanggi, rasa rindu sangat untuk kembali semula bersama-sama berjuang dengan adik-adik mujahid's kecil yang ceria-ceria lahiran Tarbiyah Sipitang.. Tambah lagi bila dapat tau tentang qiammullail di SMPO11.. (ni yang posting d bawah ni). Hati tu terus bergerakan brown nda berhenti meminta dibawa pulang ke Sabah. Apakan daya, jarak dan kondisi ongkos yang tidak mengizinkan..

Tapi yang pasti hati dan jiwa tetap bersama adik-adik di sana...doa moga semuanya berjalan lancar dan akan menyentuh beberapa hati-hati lagi untuk mendalami Islam sentiasa tersemat di fikiran... Mungkin itu yang dinamakan tarikan Ukhuwwah Fillah dan Tarikan jiwa pejuang kerana Allah...



Cuma pesanku dari kejauhan buat adik-adik semua..(juga pesanan buat diri akak sendiri sebenarnya)

ingatlah, adik-adik...Perjuangan kita ni bukan menjanjikan jalan yang mewah, hidup yang diselimuti pujian, atau menyediakan ganjaran wang dan hadiah impian dunia, tetapi jalan yang kita pilih ini memerlukan kita memberikan sepenuh jiwa dan raga, sepenuh keikhlasan, dan sepenuh komitmen kerana Allah. Hakikatnya hanya penat lelah yang kita dapat, hanya  titisan peluh menjadi peneman, dan adakala kesakitan, kekecewaan bahkan air mata menjadi galang-ganti...

Tapi satu perkara yang perlu kita ingat...Allah tidak akan mensia-siakan hamba-hambanya yang berjuang menegakkan agama Allah.. Ingatlah..usaha, kepayahan, air mata, sakit, kecewa, gembira, puas semua rasa ini akan bersatu sebagai aset bernilai untuk kita persembahkan di hadapan ALlah kelak sebagai jaminan kita untuk masuk ke SyurgaNya...

Firman Allah 
"..sesungguhnya orang yang paling tinggi darjatnya di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di antara kamu..."

Semoga hati kita akan sentiasa dikuatkan Allah untuk terus berjuang di jalan Allah.. Dan lagi buat adik-adikku... Cariah kebenaran dan keistimewaan islam itu dengan bersungguh...InsyaAllah akan kita temui hanya keindahan disebalik agama suci milik ALlah ini.. Kalau ada apa-apa yang menjadi persoalan atau masalah, cepat-cepat selesaikannya dengan mencari jawapan dari orang yang lebih pakar... jangan dibiar berulat, busuk, basi sampai akhirnya menimbulkan barah keraguan terhadap Islam sendiri..

Juga jagalah ukhuwwah yang telah terbina kerana Allah ini. Jangan biar salah faham menjadi benteng kasih-sayang yang sudah terjalin..

dan untuk yang terakhir..kita dihubungkan oleh satu selogan...

TAKBIR SEMUANYA... (^_^)

ALLAHUAKHBAR 3X

http://fikrahnazifa.blogspot.com

6/26/09

Qiamullail SMKPOII kali ke-dua..

Kepada semua pengunjung khususnya adik2 yg di kasihi kerana Allah sekalian....
Untuk makluman semua, pada 27hb Jun (Sabtu) akan diadakan Program Qiamullail Kelab Remaja Ukhuwah (KRU) seperti berikut :


Masa pendaftaran : 5.30 pm (27 hb Jun)
Hari : 27/06-28/06 (5 ptg Sabtu - 9 pg Ahad)
Tempat : Surau SMK Pengiran Omar II

Tentatif program:

(27/06)-sabtu
5.00 p.m - Pendaftaran peserta
6.30 p.m - Solat maghrib/ kuliah maghrib (peranan remaja Islam)
7.45 p.m - Solat Isya'
8.10 p.m - Makan malam
8.40 p.m - Ice Breaking
9.10 p.m - Tayangan
9.30 p.m - Usrah (Akidah)
10.30 p.m - Minum malam
11.00 p.m - Bacaan Al-mulk/ tidur

(28/06)-ahad
03.30 a.m - Qiamullail/ Zikir munajat
04.45 a.m - Solat Subuh/ bacaan Al-Mathurat/ Kuliah Subuh
06.10 a.m - Riadhoh/ Sarapan
08.00 a.m - Solat sunat Dhuha
08.30 a.m - Lambaian ukuwwah

 ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة لى السماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل
الآخر.يقول : من يدعونى فأستجيب له من يسألنى فأعطيه من يستغفرنى فأغفر له

“Tuhan kita Tabaraka waTaala turun setiap malam ke langit dunia ketika masih berbaki 1/3 malam yang akhir. Allah berfirman : sesiapa berdoa kepada-Ku, pasti Aku makbulkannya , sesiapa meminta kepada-Ku, pasti Aku memberinya , sesiapa mohon ampun kepada-Ku, pasti Aku ampuninya”. (Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no. 1145)
Datang beramai-ramai...(^_^)

6/14/09

MUHASABAH DIRI - ORANG ISLAM SALAH GUNA 'KONSEP CINTA'

Disediakan oleh :
MOHD FAZREEN BIN MUSIN

'Cinta’.Semua orang sinonim dengan ungkapan berahi ini. Persoalannya adakah kita tahu apakah yang dimaksudkan dengan cinta? ‘Cinta’ merupakan satu perasan kasih ataupun sayang yang lahir dari hati setiap manusia yang bergelar insan. Dari persepsi lain Cinta bermaksud kemampuan kita melihat dari sudut pandang orang lain, merasakan apa yang dirasakan orang lain bahkan menghayati suasana kehidupan orang lain. Dari sudut pandangan Islam, Cinta adalah sebuah amalan hati yang akan wujud dalam (amalan) lahiriah. Apabila cinta tersebut sesuai dengan apa yang diredhai Allah, maka ia akan menjadi ibadah dan sebaliknya, jika tidak sesuai dengan redha-Nya maka akan menjadi perbuatan maksiat. Selain itu, definisi cinta juga adalah adanya cinta itu sendiri. (Madarijus Salikin, 3/9) Daripada pandangan dan dapatan tentang erti ‘cinta’ ini, dapat kita rumuskan disini bahawa tiada takrifan khusus tentang ‘cinta’. Untuk mendefinisikan cinta sangatlah sulit, kerana tidak bisa dijangkau dengan kalimat dan sulit diraba dengan kata-kata. Benarlah apa yang diperkatakan oleh Ibnul Qayyim, “Cinta tidak bisa didefinisikan dengan jelas, bahkan bila didefinisikan tidak menghasilkan (sesuatu) melainkan menambah kabur dan tidak jelas”.

Menurut hadis Nabi, orang yang sedang jatuh cinta selalu
mengingati dan menyebut orang yang dicintainya. Kata Nabi, orang juga bisa diperbudakkan oleh cintanya.


Kata Nabi juga, ada tiga ciri dari cinta sejati iaitu :


(1) Lebih suka berbicara dengan yang dicintai
berbanding dengan yang lain,

(2) Lebih suka berkumpul dengan yang
dicintai berbanding dengan yang lain, dan

 (3) Lebih suka mengikuti kemahuan yang dicintai berbanding kemahuan orang lain atau diri sendiri.
Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Allah SWT, dengan membaca firman-Nya, lebih suka bercengkerama dengan Allah SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Allah SWT daripada perintah yang lain.

Maksud ‘cinta’ ini terlalu umum jika ingin diklasifikasika kepada pelbagai aspek. Dari defenisinya sahaja sudah jelas menunjukkan bahawa ‘cinta’ itu bersifat ‘Independent’ atau bebas atau boleh berdiri sendiri. Ini bermaksud, setiap individu boleh mempunyai perasan cinta, bebas berkongsi kasih sayang dan bebas mencintai sesiapa sahaja atau apa-apa sahaja, contohnya cinta kepada ibu bapa dan keluarga,cinta kepada sahabat, cinta kepada alam sekitar dan yang paling penting cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

Dengan termaterainya definisi tentang ‘cinta’ yang mempunyai pelbagai takrifan ini, kita dapati ramai individu yang sering menyalahgunakan ‘konsep cinta’ dan menyalahertikannaya khususnya golongan remaja serta muda-mudi Islam yang masih samar-samar dan tidak memahami konsep atau intipati sebenar ‘cinta’. Kekeliruan yang timbul dibenak fikiran para remaja Islam tentang definisi ‘cinta’ yang kurang jelas ini menyebabkan mereka cenderung untuk mentafsirkan ‘cinta’ ini mengikut hawa nafsu semata-mata. Akibatnya munculah tafsiran – tafsiran baru tentang hal ini. Salah satu contoh tafsiran tentang cinta yang disalahertikan oleh masyarakat pada masa kini ialah “Seseorang itu haruslah membuktikan cintanya dengan apa cara sekalipun walaupun terpaksa menggadaikan maruah”. Takrifan yang terpesong tentang ‘Cinta’ ini dapat dikesan melalui ungkapan - ungkapkan seperti, ‘Kalau nak bercinta mestilah beranai melakukan hubungan seks’ dan ‘Tiada seks, tiada cinta’.Ungkapan ini jelas bertentangan dengan takrifan sebenar ‘Cinta’ kerana sumber atau dapatan yang diperoleh tentang erti ‘cinta’ tidak menyentuh langsung tentang ‘seks’ dan ‘maruah’. Tidak keterlaluan jika dikatakan ‘konsep Cinta’ ini telah teranjak paradigmanya kepada ‘Konsep Cinta Dunia’ oleh sebilangan besar umat Islam. Mungkin sukar untuk anda diluar sana memperakui tentang hal ini. Namun, sebelum kita menyangkal kebenaran ini renung-renungkanlah! Jika benar kita tidak salah tafsir tentang erti ‘cinta’, mengapa masih ada lagi sebilangan besar individu diluar sana yang berpegang-pegangan tangan dan berpeluk-pelukan sesama lelaki ataupun perempuan bukan muhrim hinggakan berlakunya seks luar nikah (zina)? dan mengapa masih ada lagi individu yang lari daripada menunaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang muslim? Persoalan ini harus dirungkai!

Dalam permasalahan seumpama ini, kita tidak boleh menyalahkan orang awam semata-mata kerana penyalahgunaan ‘konsep cinta’ ini juga berlaku kepada pihak-pihak lain. Antara yang paling dekat dengan kita ialah Media elektronik yang sering menyiarkan filem-filem dan drama-drama bersiri yang berkonsepkan ‘Cinta sesama individu yang berlawanan jantina dan bukan muhrim’. Filem-filem dan drama-drama ini jelas bertentangan dengan syariat Islam yang ‘syumul’ dengan mempamerkan adegan-adegan yang membawa kepada kemaksiatan seperti adegan berpegang-pegangan tangan dan adegan berdua-duaan sesama individu yang bukan muhrim. Lebih parah lagi apabila perkara seumpama ini menjadi ikutan muda-mudi Islam pada masa kini. Tidak kurang pula halnya dengan filem-filem yang memaparkan unsur-unsur seks seperti filem ‘remp-it’ dan ‘bohsia’. Kewujudan filem-filem seumpama ini bukan sahaja mendorong kepada peningkatan gejala sosial malah ia seolah-olah merendah-rendahkan martabat rakyat Malaysia khususnya umat Islam.Selain itu, ‘konsep cinta’ ini juga sering disalahgunakan menerusi lirik-lirik lagu yang berinspirasikan ‘Duniawi’, seperti lagu-lagu yang mengagung-agungkan dan memuja-muja kecantikan wanita. Dapat kita lihat sendiri bahawa lagu-lagu seumpama ini terlalu banyak malah semakin bertambah bilangannya. Manakala lagu-lagu yang berunsur kerohanian pula semakin sedikit kuantitinya. Semua ini bukan budaya kita. Semua ini datangnya dari fahaman barat yang cuba untuk mengubah pola fikir dan persepsi Umat Islam. Mengapa kita perlu tunduk dan patuh kepada fahaman-fahaman yang dibawa oleh barat. Sedangkan kita (Umat Islam) mempunyai fahaman sendiri tentang semua ini.

Dapat dilihat disini bahawa masalah ini berlaku bukan kerana kita, tetapi kerana hati dan iman kita. Mungkin ramai orang kata ‘cinta itu buta’. Sebenarnya bukan cinta itu yang buta tetapi ‘hati kita yang buta’ dalam menilai Cinta dari aspek kerohanian dan keduniaan. Nah para pembaca yang budiman, dalam hal ini kita haruslah kembali kepada Al-Quraan dan As-Sunnah yang telah diwahyukan oleh Allah SWT kepada Baginda Rasulullah SAW dan telah diwasiatkan kepada kita (Umat Islam).

Firman Allah dalam surah (Al – Baqarah ayat 2) yang bermaksud ;

“(Kitab ini), di dalamnya tidak ada hal-hal yang diragukan, sebagai kitab tuntunan bagi mereka yang bertakwa”.

Ayat ini dengan jelas menyatakan bahawa tidak ada kemusykilan dan keraguan bagi sesiapa saja (mereka yang bertakwa) yang menjadikan Al-Quran sebagai panduan kerana ia penyuluh bagi yang gelap penerang bagi yang kabur. Segala persoalan dan kemusykilan yang membelenggu jiwa dan pemikiran kita (umat Islam) bisa dijawab oleh ‘Kalam Allah’ ini.

Sedangkan dalam Al-Qur’an itu sendiri terdapat 8 Pengertian Cinta yang mempunyai penjelasan khusus mengenainya. Iaitu…

1. Cinta mawaddah adalah jenis cinta menggebu-gebu, membara dan
"mengemesi". Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, selalu ingin
berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia
ingin memonopoli cintanya, dan hampir tidak bisa berfikir tentang hal lain.

2. Cinta rahmah adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut,
siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis
rahmah ini lebih prihatin terhadap orang yang dicintainya berbanding
dirinya sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang
kekasih meskipun dia terpaksa menderita demi cintanya. Ia sedia maklum
akan kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya itu.
Dalam cinta rahmah ini termasuklah juga cinta antara orang yang mempunyai pertalian darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya.
Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekaligus, biasanya saling setia zahir batin-dunia akhirat.

3. Cinta mail, adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara, sehingga menyedut seluruh perhatian hingga hal-hal lain kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam Al-Qur'an disebut dalam konteks orang yang ‘berpoligami’ dimana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang lama.

4. Cinta syaghaf. Adalah cinta yang sangat ‘mendalam’, ‘alami’, ‘orisinil’
dan ‘memabukkan’. Orang yang diserang cinta jenis syaghaf (qad
syaghafaha hubba) bisa menjadi seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tidak menyedari apa yang dilakukan. Al-Qur'an menggunakan term syaghaf ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, isteri pembesar Mesir kepada Yusuf a.s.

5. Cinta ra'fah, iaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan
norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak
sanggup membangunkannya untuk solat, membelanya meskipun salah. Al Qur'an
menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah
menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, ayat ini menerangkan
hukuman bagi penzina (Surah An-Nuur, ayat 2).

6. Cinta shobwah, iaitu cinta buta, cinta yang mendorong perilaku
penyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur'an menyebut term ini ketika
mengisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan
Zulaiha yang setiap hari menggodanya (memohon dimasukkan ke dalam penjara saja), Kerana jika tidak, lama kelamaan Yusuf akan tergelincir juga dalam perbuatan bodoh. (Surah Yusuf, Ayat 33)

7. Cinta syauq (rindu). Term ini bukan dari al Qur'an tetapi dari
hadis yang mentafsirkan Al-Qur'an. Dalam Surah (Al - Ankabut ayat 5)
yang bermaksud ;

“barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan tiba”.

Kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma'tsur
dari hadis riwayat Ahmad yang bermaksud “aku memohon agar dapat merasakan nikmatnya memandang wajah-Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan-Mu”.
Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam ‘kitab Raudlat al Muhibbin wa
Nuzhat al Musytaqin’, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada
sang kekasih, dan kobaran cinta yang apinya berada di dalam hati sang pencinta.

8. Cinta kulfah. Yakni perasaan cinta yang disertai kesadaran mendidik
kepada hal-hal yang positif meskipun sulit, seperti orang tua yang
menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meskipun ada
pembantu. Jenis cinta ini disebut oleh Al-Qur'an ketika menyatakan bahwa
Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la
yukallifullah nafsan illa wus`aha Baqarah (Surah Al – Baqarah, Ayat 286)

Berdasarkan kelapan – lapan pengertian tentang ‘cinta’ berlandaskan Al-Quran itu tadi, dapatlah kita golongkan diri kita kepada cinta jenis apakah yang kita miliki. Adakah cinta mawaddah, cinta rahmah, cinta mail, cinta syaghaf, cinta ra'fah, cinta shobwah, cinta syauq ataupun cinta kulfah? Tepuklah dada, tanyalah minda dan tanyalah iman. Tapi, jangan tanya Aiman, nanti Aiman kata, ‘Aiman tak kisah’. Berdasarkan pengertian tersebut juga, dapat ditakrifkan bahawa Al-Quran ini diturunkan adalah sebagai panduan kepada umat manusia untuk menuju ke jalan yang diredhai Allah dan tujuan Al-Quran ini diturunkan bukanlah untuk suka-suka melainkan untuk (kita) beriman kepadanya.

Para pembaca yang bervisi, tujuan saya membangkitkan isu mengenai ‘Cinta’ ini bukanlah untuk menyindir ataupun menyalahkan mana-mana pihak, bahkan untuk sama-sama kita renungkan ; Adakah kita ingin meninggalkan nikmat syurga yang kekal abadi dengan mengejar kenikmatan dunia yang bersifat sementara ini? Fikir-fikirkanlah, bukalah minda…!

Sekian, Wasalam…


6/12/09

'Tautan Hati'-Qiamullail dan jelajah dakwah.. Alhamdulillah

Sebagaimana yang dirancang, Kelab Remaja Ukhuwwah Sipitang telah menjalankan program "tautan hati". Program ini telah diadakan bertempat di Masjid Haji Hashim Sipitang. Antara tentatif program ini adalah, kuliah Maghrib oleh Ustaz Zamzuri, Qiamullail, kuliah Subuh, riadhoh, dan diakhiri dengan jelajah dakwah sekitar Pekan Sipitang+edaran risalah An Nur. 
Kami dari pihak Ahli Jawatankuasa KRU mengucapkan terimakasih kepada mereka yang terlibat menjayakan program ini dari sekecil-kecil perkara, menyediakan makanan sehinggalah  tamatnya program. Semoga kerjasama dan usaha kita semua akan dikira sebagai mahar ke Syurga kelak..amin..
 
 
Sessi tazkirah bersama Ustaz Zamzuri
Khusyu'nya.... 

 
 
  berbincang untuk jelajah dakwah esok
"apa kan ditatuankan aie baie risalah tu???"
 
 
jom naik motor...hehehe
inilah risalah yang telah kami edarkan...
Macam-macam pengalaman yang ahli KRU dapat semasa jelajah dakwah. Mungkin inilah pertama kali penyebaran risalah Islam dibuat di Pekan Sipitang sehingga banyak salah faham juga berlaku. Ada yang menyangka kami adalah penjual barang, ada yang tidak faham risalah apa yang kami sampaikan, ejekan, perlian tidak kurang juga yang tidak mahu melayan langsung ketika kami menyerahkan risalah tersebut. Walaubagaimanapun, alhamdulillah tidak ada perkara yang tidak diinggini berlaku. Semuanya berjalan lancar sebagaimana yang dirancang.
Kesuluruhannya risalah yang diedarkan berjumlah 550 helai. Alhamdulillah satu jumlah yang memberansangkan...
Semoga usaha kita semua akan serba-sedikit membawa syiar Islam di bumi Sipitang..amin..

6/11/09

'Tautan Hati' : Qiamullail dan Jelajah Dakwah

Pada malam ini Kelab Remaja Sipitang akan mengadakan program Tautan Hati yang akan di adakan di Masjid Haji Hashim Pekan Sipitang.Maklumat lanjut seperti berikut :

  • Tempat : Masjid Haji Hashim Pekan Sipitang
  • Tentatif : 
    • Solat Maghrib 
    • kuliah maghrib
    • solat isya
    • meeting KRU
    • qiamullail
    • solat subuh
    • kuliah subuh
    • jelajah dakwah sekitar Pekan Sipitang (sebar risalah) 
Semoga program ini sedikit sebanyak akan membawa syiar Islam di Bumi Sipitang..
Semua dijemput hadir untuk sama-sama kita menambahkan iman...

p/s AJK KRU mesti hadir ya... (^_^)

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN..


Keperihatinan anda diperlukan.. ....                                       
                                                                           
Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan 
memanjangkan email ini kepada saudara2 yang lain. Semoga usaha kita ini   
mendapat limpah berkat dari Allah swt....Wassalam!                       
                                                                           
Setiap satu email yang anda fowardkan akan didermakan $0.01 kepada keluarga adik NURUL                             Anak ini memerlukan keperihatinan kita semua...                           
                                                                           
Assalamualaikum/ Salam sejahtera  ,                                       
                                                                           
Penulis sebagai mewakili ahli keluarga adik Nurul Aysha Safiya bt Samsulrizal( 4 tahun), merayu kepada sesiapa  yang prihatin agar dapat membantu meringankan beban keluarga adik Nurul.                                                                                                                                            
Adik Nurul baru saja selesai menjalani beberapa kali pembedahan penambahan tulang dibahagian leher akibat tulang leher patah (bukan akibat dari sebarang kemalangan atau penderaan tetapi oleh kerana tulang leher yang lembut dan tidak mampu menampung berat kepalanya dan salah satu faktor   
adalah kanak-kanak istimewa -down sind ro m). Beliau kini terpaksa         
menggunakan alat bantuan pernafasan yang berharga RM40,000 tidak termasuk 
kos-kos sampingan (tiub untuk membuang kahak dan air kencing, generator   
untuk membantu alat penafasan ketika bekalan elektrik terputus).         
                                                                           
Memandangkan kos-kos sampingan agak tinggi, diharapkan sumbangan anda     
serba sedikit dapat membantu meringankan beban keluarga beliau.                 
                                                                           
Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan 
memanjangkan email ini kepada saudara2 yang lain.
Setiap satu email yang anda fowardkan akan didermakan $0.01 kepada keluarga adik NURUL. Semoga usaha kita ini   
mendapat limpah berkat dari Allah swt......Wassalam!                             
                       
Hari ini dia susah, kita senang...esok lusa tak mustahil jadi             
sebaliknya dengan kehendakNYA!                                           
Wallahua ' lam....

6/10/09

Pengenalan

Kelab Remaja Ukhuwwah cawangan Sipitang telah ditubuhkan pada 27 Disember 2008. Ketika itu KRU,S hanya mempunyai ahli dari Sekolah Menengah Pengiran Omar Sipitang. Orang yang bertanggungjawab menubuhkan KRU,S pada ketika itu adalah Ustazah Ferizah Abd Brahim yang juga merupakan Ustazah di sekolah tersebut juga wakil Persatuan Siswazah Sabah cawangan Sipitang, sekaligus beliau merupakan penasihat kepada KRU,S sehingga sekarang.
Penubuhan KRU,S ini adalah bertitik-tolak dari peserta-peserta Kem Remaja Islam Sipitang 2008 yang mempunyai kesedaran tinggi untuk mengamalkan dan menyebarkan agama Islam. Hasil perbincangan Persatuan Siswazah Sabah Sipitang, akhirnya KRU,S ditubuhkan.
Sehingga kini KRU,S telah berjaya mengadakan pelbagai program yang berunsurkan dakwah seperti Jelajah Dakwah, Kem Remaja Ukhuwwah, KRIS 2009, dan banyak lagi.
Setelah memikirkan mengenai dakwah KRU,S yang perlu melalui transformasi yang lebih berkesan, blog KRU,S akhirnya berjaya diwujudkan. Dengan adanya blog ini KRU,S berharap usaha dakwah KRU,S akan menjadi lebih meluas dan aktiviti-aktiviti KRU,S dapat dikongsi dengan semua pelayar internet.
Apa yang menjadi harapan KRU,S , kehadiran KRU,S di Sipitang ini sedikit sebanyak akan membawa syiar Islam ke Bumi Sipitang dan akan dikira sebagai kebajikan untuk bekalan menuju Akhirat.
Sekian